Kumpulan nasyid terkenal, Rabbani mendedahkan bahawa mereka pernah belajar di pusat pengajian Al-Aqram suatu ketika dahulu.
Menurut Azadan, vokalis kumpulan nasyid itu memaklumkan apa yang diajar di pusat pengajian tersebut pada zaman mereka adalah berbeza dengan apa yang berlaku pada ketika ini.
ARTIKEL MENARIK:Peguam Nafi Fazura Fail Cerai Sebab Fattah Amin Curang, Netizen Sendiri Yang Tularkan Di Media Sosial
Memang benar, kami pernah bersekolah di Al-Aqram. Namun, pengalaman belajar kami dahulu tidak sama seperti sekarang.
Satu perkara yang perlu diketahui adalah apa yang berlaku di Al-Aqram dahulu 90 peratus tak sama dengan apa yang berlaku di GISB.
Kumpulan itu berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert 5 Rukun 2.0 yang diadakan di RCDBig Studio, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Ujar Azadan lagi, setelah GISB campur tangan dalam pusat pengajian Al-Aqram, dia tidak dapat menerimanya.
Dulu di Al-Aqram, banyak kebaikan dapat diihat dari sudut pengajian dan ekonominya yang berjalan dengan baik. Namun, selepas campur tangan GISB, saya tidak boleh menerimanya.
Kumpulan nasyid yang terkenal dengan lagu Intifada itu turut memberi nasihat kepada orang ramai untuk tidak menyisihkan ahli keluarga GISB kerana mereka memerlukan sokongan dari orang ramai.
Kepada rakan-rakan yang masih berada di GISB, apabila keluar nanti, jangan takut untuk bermula dari bawah. Amalkan kembali ajaran agama Islam yang asal dan carilah guru yang betul.
Seperti yang Ustaz Asri katakan sebelum ini, apabila ketaksubab menyelubungi hidup kita, memang sukar untuk kita keluar dari situ.
Sekadar info, kumpulan Rabbani ditubuhkan di bawah naungan Al-Aqram yang diketuai oleh Ashaari Muhamaad yang lebih dikenali sebagai Abuya.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment