Penyebaran fakta siasatan: Keluarga Zayn Rayyan akan buat laporan polis – Peguam

Penyebaran fakta siasatan: Keluarga Zayn Rayyan akan buat laporan polis – Peguam

KUALA LUMPUR – Keluarga kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin akan membuat laporan polis berhubung penyebaran fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak itu yang tersebar di media sosial.

Penyebaran fakta siasatan: Keluarga Zayn Rayyan akan buat laporan polis – Peguam



Perkara itu disahkan peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili keluarga Zayn Rayyan ketika dihubungi di sini hari ini ketika ditanya sama ada akan membuat laporan polis terhadap penyebaran fakta berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:Kronologi kes Zayn Rayyan


“Ya (akan buat laporan polis),” kata peguam itu ringkas.

Terdahulu, polis akan menjalankan siasatan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung penyebaran maklumat kononnya fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan di media sosial semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, penyebaran maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya sedemikian adalah satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab.



Loading...


Berikutan itu, katanya pihaknya akan menghubungi MCMC bagi menyekat penyebaran maklumat yang tidak sahih sehingga boleh mengganggu perjalanan perbicaraan kes kanak-kanak autisme itu.

Semalam, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. – KOSMO! ONLINE.


Kredit -Kosmo Digital



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post