Pelakon Kamal Bakar sedang nazak -“Kuman merebak sangat cepat sampai tutup semua paru2..”

Pelakon Kamal Bakar sedang nazak -“Kuman merebak sangat cepat sampai tutup semua paru2..”

Pelakon veteran, Kamal Bakar sedang nazak dan perkara itu dimaklumkan oleh anak sulungnya, Hanis Kamal menerusi sebuah hantaran di media sosial.

Pelakon Kamal Bakar sedang nazak -“Kuman merebak sangat cepat sampai tutup semua paru2..”



Maklum Hanis, bapanya kini sedang berada dalam keadaan nazak selepas ditidurkan akibat komplikasi kanser paru-paru.

ARTIKEL MENARIK:Buka Kedai Dobi, Ina Naim Tunai Hasrat Arwah Suami


Pelakon Kamal Bakar sedang nazak

Hanis berkata, denyutan jantung bapanya juga sudah tidak mampu bertahan lama dan mereka sekeluarga diminta untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan/

“Ayah tengah nazak sekarang. Kanser dan strok dihadapinya semakin teruk. Kuman pun sudah merebak,”katanya.


Kuman merebak cepat sampai tutup semua

Maklumnya lagi,  masalah strok di otak sebelah kiri bapanya juga sudah teruk dan bila-bila masa sahaja jantung Kamal bakar akan berhenti.

Hanis berkata, doktor juga tidak akan melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kerana dikhuatiri akan menjejaskan lagi keadaan ayahnya.



Loading...


“Keadaan ayah tengah nazak kerana paru-parunya dijangkiti kuman sekali lagi. Kuman merebak sangat cepat sampai tutup semua paru-paru sebelah kiri.
“Masalah strok di otak sebelah kiri juga sudah teruk. Jadi, doktor kata bila-bila masa sahaja jantung ayah akan berhenti.
“Bila jantung sudah berhenti doktor takkan buat CPR sebab tak nak menyakiti ayah. Kalau buat CPR takut tulang rusuk akan patah dan akan jadi lebih teruk,”katanya.

Reda dengan segala kemungkinan

Hanis memberitahu, mereka sekeluarga faham dan reda dengan segala kemungkinan yang akan berlaku terhadap bapa mereka.

“Sekarang adik-beradik pun sudah berkumpul. Sekiranya jantung ayah berhenti, kami terpaksa reda,” katanya.


Pada 3 Jun lalu, pelakon Kamal dikejarkan ke Hospital Melaka selepas keluarganya bimbang dengan perubahan sikap termasuk keadaan kesihatan yang semakin merosot ditunjukkan aktor berkenaan.

Selepas dua minggu dimasukkan ke ICU Hospital Melaka, Kamal disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat dan telah merebak ke beberapa tempat.

Sumber: TikTok haniskamalbakar, BH Online

Kredit -ohmymedia



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post