Pasangan Bawa Bayi Naik Motosikal Bakal Nikah Petang Ini

Pasangan Bawa Bayi Naik Motosikal Bakal Nikah Petang Ini

Sejak beberapa hari lalu, tular kisah satu pasangan yang membawa anak kecil mereka menaiki motosikal sambil memakai alat bantuan pernafasan. Perkara itu tular sehinggakan ia mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pasangan Bawa Bayi Naik Motosikal Bakal Nikah Petang Ini



Pasangan itu bagaimanapun rupa-rupanya masih belum berkahwin tetapi bersekedudukan dan menjaga anak yang menghidap pneumonia, chronic obstructive pulmonary disease (COPD) dan asma.

ARTIKEL MENARIK:“Satu-Satunya Kenderaan Kami Ada” Bapa Tular Bawa Anak Sakit Naik Motor Ulang Alik Hospital!




Pun begitu, pasangan Mohd Azlan Ishak serta Nor Hidayu Halim bakal bernikah pada petang ini.

Menurut laporan Astro AWANI, Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer Mualim mengesahkan kenyataan itu.



Loading...


“Ya betul, pasangan tersebut akan dinikahkan pada petang ini dan saya sendiri yang akan menjadi jurunikah mereka di Masjid Al Maarufi Seberang Kota,” katanya.

Dalam pada itu, Azlan berkata dia telah ke Masjid Al-Makrufi di Alor Setar pada Ahad lalu untuk memohon bantuan mengisi borang nikah dan pada Isnin pula ke klinik untuk buat ujian HIV dan ujian darah.

Sebelum ini, Muhammad Hazamer berkata, pasangan tersebut terpaksa difaraqkan (dipisah) buat sementara waktu dan pihaknya akan cuba membantu untuk melengkapkan dokumen dan proses pernikahan mereka.

Sumber: Astro AWANI


Kredit -Lobak Merah.



-----------------------------------------------------------------




Post a Comment

Previous Post Next Post