'Bukan tak mahu melepaskan, jauh di sudut hati saya masih rindu'

'Bukan tak mahu melepaskan, jauh di sudut hati saya masih rindu'

Rompin: Biarpun sudah lebih lima bulan berlalu, Nurul Izzati Mohammad Razak masih menyimpan bekas kedap udara berisi lauk daging masak hitam masakan terakhir bapanya, Mohammad Razak Daud yang dijemput Ilahi pada 1 Disember lalu.

'Bukan tak mahu melepaskan, jauh di sudut hati saya masih rindu'



Berdasarkan gambar dikongsikan di TikTok, keadaan lauk itu sudah pun berkulat kerana tersimpan lama di dalam peti sejuk.

ARTIKEL MENARIK:10 tahanan berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini – KP KL


Menurut Nurul Izzati, 29, lauk itu dimasak bapanya pada 21 November lalu iaitu sehari sebelum mereka sekeluarga bertolak ke Shah Alam, Selangor untuk menghadiri majlis konvokesyen adiknya.

"Lauk itu adalah kegemaran kami adik-beradik dan ayah masak banyak serta beri kami sebekas setiap seorang.

"Saya sempat menjamah masakan ayah sebelum menyimpan lebihannya di dalam peti sejuk dan tak teringat nak makan kerana kira-kira tiga hari selepas pulang dari Shah Alam, emak hubungi maklumkan ayah jatuh sakit.

"Mengenangkan komitmen adik-beradik lain, saya dan suami bantu jaga ayah dan sempat menguruskannya sebelum meninggal dunia kira-kira jam 12.35 tengah malam pada 1 Mei akibat serangan jantung.



Loading...


"Ayah meninggal dunia tidak sampai sehari selepas dimasukkan ke hospital (Hospital Rompin) dan selepas itu, saya agak sibuk dengan kenduri tahlil hingga sebulan juga tak balik ke rumah," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Disebabkan itu, Nurul Izzati tiada masa memeriksa dan mengemas peti sejuk sehingga selepas pulang ke rumahnya yang tidak jauh dengan rumah ibu bapanya.

"Saya perasan ada bekas berisi lauk masakan ayah ketika kemas peti sejuk dan nampak keadaannya elok lagi waktu itu sebelum jadi berkulat.

"Tak terfikir lagi nak buang kerana kenangkan itu masakan terakhir ayah buat saya dan adik-beradik malah bukan tak mahu 'melepaskan', cuma jauh di sudut hati saya masih rindu.

"Lagipun, sampai ke hari ini saya masih terkesan dengan pemergian ayah kerana selepas sudah besar dan sudah berkahwin jadi semakin rapat dengan ayah.

"Terasa macam ayah masih ada walaupun dia sudah pergi…sambutan raya tahun ini pun sederhana saja kerana sunyi sangat tanpa ayah kerana dia orang penting dalam keluarga," katanya.


GAMBAR kenangan Allahyarham Mohammad Razak (duduk tengah) bersama keluarganya. FOTO Ihsan Nurul Izzati Mohammad Razak
GAMBAR kenangan Allahyarham Mohammad Razak (duduk tengah) bersama keluarganya. FOTO Ihsan Nurul Izzati Mohammad Razak

Berhubung perkongsian di TikTok, Nurul Izzati mengakui tiada niat meraih perhatian sebaliknya mahu menyimpan gambar dimuat naik sebagai kenangan.

"Saya muat naik video mengandungi gambar itu empat hari lalu. Saja kongsi di TikTok kerana jika simpan dalam telefon, saya takut hilang.

"Alhamdulillah, ramai mendoakan ayah walaupun ada juga kecam dan tanya kenapa simpan lagi lauk yang sudah berkulat.

"Di ruangan komen, ada juga yang cerita pengalaman dan kenangan terakhir mereka dengan ibu bapa.

"Terima kasih kepada yang mendoakan dan ikutkan, saya akan buang juga lauk itu kerana tak mungkin makan memandangkan sudah berkulat," katanya.


Kredit -hmetro



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post