10 tahanan berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini – KP KL

10 tahanan berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini – KP KL

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan membabitkan 10 individu termasuk tiga lelaki warga asing yang ditahan selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki Israel, Avitan Shalom akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara (AGC), minggu ini.

10 tahanan berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini – KP KL



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan tindakan yang bakal dikenakan terhadap suspek terlibat.

ARTIKEL MENARIK:Kupang Port Dickdon masih belum selamat dimakan - DOF


Jelasnya, semua individu itu masih dalam tahanan pihaknya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Tempoh tahanan SOSMA tujuh individu akan tamat pada 14 Mei ini, manakala tiga lagi melibatkan warga asing akan tamat pada 15 Mei ini.

“Keputusan tuduh, bebas dan usir (tiga warga asing yang ditahan) antara kemungkinan tindakan bakal diambil kepada semua yang terlibat.

“Minggu ini kita akan ada perbincangan untuk kes ini. Mungkin akan buat keputusan dalam kes ini nanti,” katanya pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Pada 19 April lalu, Rusdi mengesahkan 10 daripada 18 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung tangkapan ke atas Shalom.



Loading...


Avitan dan sepasang suami isteri bagaimanapun sudah dituduh di mahkahmah, manakala lima yang lain dibebaskan.

10 lagi individu yang sebelum ini direman bagi siasatan lanjut mengikut Akta Senjata Api ditahan semula di bawah SOSMA.

Siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 130v(1) Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang.  -KOSMO! ONLINE.


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post