Memasak mungkin satu tugas yang menyeronokkan kerana kita dapat mengisi perut yang lapar dengan juadah hasil air tangan sendiri.
Kata orang, sedap atau tidak adalah perkara kedua kerana yang penting adalah usaha.
ARTIKEL MENARIK:Lelaki ini kongsikan formula guna Aircond dengan betul, Bil letrik pun jimat, rumah pun sejuk
Namun yang tak seronoknya apabila tiba masa untuk mengemas atau membersihkan kotoran ketika memasak.
Kotoran yamg tidak dibersihkan dengan betul, misalnya tumpahan daripada periuk, lama kelamaan akan berkerak dan menjadi sukar dibersihkan.
Misalnya, kesan tumpahan atau kotoran sekitar tungku dapur gas. Jarang sangat kita dapat menemui tungku dapur gas yang bersih dan berkilat, kecuali ketika awal dibeli.Bukan apa, kawasan tungku dapur gas sukar dicuci dengan kaedah biasa, menyebabkan ada yang buat tak endah apabila alat itu menjadi kotor, kan?
Tidak perlu pening kepala lagi bila nak bersihkan dapur
Sebenarnya, mudah sahaja untuk membersihkan kotoran pada tungku dapur gas ini dan bahan atau perlatan yang diperlukan juga sangat minima jumlahnya.
Menurut pengguna TikTok, @Simbeh, anda hanya memerlukan 2 barang sahaja iaitu serbuk penaik dan sebiji lemon.
@kikuemeow bersihkan dapur gas anda mengunakan bahan yang ada di dalam rumah. #tipsdapur #dapurmak #dapur #cuci #CapCut ♬ original sound – Nikue Land – SimbehPeralatan lain cuma span basuh pinggan, dawai berus, air atau tisu yang boleh digunakan untuk membersihkan tungku berkenaan nanti.
Langkah pertama yang perlu dibuat adalah menaburkan beberapa sudu serbuk penaik di atas permukaan tungku dapur yang kotor dan berkerak.
Kemudian, sambil-sambil menggosok permukaan tungku, tuang sedikit air perahan lemon.
Air lemon yang bersifat asid ini juga dapat membantu menanggalkan kotoran berkenaan.
Kedua-dua bahan ini apabila bercampur, akan menghasilkan buih. Biarkan buih berkenaan seketika. Kemudian, dengan menggunakan span atau berus dawai, gosok bahagian yang kotor sehingga tertanggal semua kotoran.Menurut @Simbeh, selepas mengikis segala kotoran, lapkan bahagian berkenaan dengan tisu atau kain.
Selepas itu, bersihkan permukaan tungku beberapa kali sehingga tiada lagi kotoran tertinggal.
Anda juga boleh menggunakan sedikit sabun pencuci untuk mendapatkan hasil basuhan yang memuaskan. Namun, kesan sabun perlu dibersihkan dengan teliti selepas itu.
Kredit -
Post a Comment