Tular di media sosial tentang seorang pengantin yang berkongsi kisah yang terjadi di masjlisnya di mana makanan yang dihidang tidak cukup disebabkan tetamu yang hadir menjemput tetamu-tetamu yang lain sesuka hati.
Jangan ajak orang yang tak dijemput
ARTIKEL MENARIK:Lepas Langgar Pelajar Sampai Mati, Tular Pula Video Pegawai Polis Pukul Orang Awam
Dikeranakan tular, seorang makeup artist terpanggil untuk memberi pendapat tentang isu berkenaan. Katanya, dia menasihati sebagai tetamu kita harusnya menghormati pengantin dan tidak sesuka hati menjemput mereka yang tak dijemput.
Loading...
Bahayanya dekat sini, kalau awak sahaja yang dijemput, awak sahajalah yang pergi wedding itu. Melainkan kalau pengantin ada kirim jemputan.
@deakhalidmua♬ original sound – Dea Khalid
Boleh jatuh haram
Bukan itu sahaja, wanita ini turut mengingati orang ramai sekiranya ada yang hadir ke majlis perkahwinan tanpa dijemput oleh tuan rumah ataupun pengantin secara lansung, boleh jatuh haram hukumnya.
Bila makan makanan yang dihidang, boleh jatuh haram. Sebab awak tak dijemput tuan rumah atau pengantin. Jaga-jaga bab makan sebab dia jadi darah daging kita.
Dikeranakan isu ini tular di media sosial, ramai yang turut berkongsi pengalaman yang sama dengan pengantin tersebut dan meminta agar tetamu di luar sana akan lebih memahami adab sebagai tetamu yang dijemput ke sebarang majlis.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment