Selepas tular video lamanya yang memaparkan dirinya sedang menyanyi lagu bertajuk La Bamba itu, penyanyi Azaharina tampil memberitahu dirinya akan mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang memuat naik hantaran tersebut.
Menurutnya video itu ditularkan kerana mempunyai niat buruk terhadapnya.
ARTIKEL MENARIK:Gagal Bayar Nafkah Anak Dan Berhutang, Netizen Indonesia Dedah Sisi Gelap Suami Baru BCL -“Mas Kahwin Sampai RM63,000”
Selepas penyanyi ini akui tidak pernah membawa lagu tersebut apabila ditanyakan oleh juri semasa di program realiti All Stars Gegar Vaganza (ASGV) itu, tidak lama kemudian video dirinya itu dimuat naik di media sosial yang mengundang banyak persepsi buruk terhadapnya.
Kalau dia terus lakukan apa yang dibuat sekarang, saya akan ambil tindakan undang-undang kerana sudah berlebihan.
Ketika itu, saya ditanya bertubi-tubi, mana saya boleh ingat. Boleh ke saya ingat kalau sudah menyanyi di banyak acara.
Loading...
Tambahnya, dia tidak kenal dengan individu yang menularkan video tersebut namun dirinya tahu dia merupakan admin kepada sebuah kelab artis. Mungkin niatnya mahu memalukan atau membuktikan Azaharina ini penipu atau ada niat yang lain.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment