Sedekah baju elak bertelanjang di Padang Mahsyar kelak

Sedekah baju elak bertelanjang di Padang Mahsyar kelak

PETALING JAYA – Umat manusia bakal dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak dalam keadaan berbogel kecuali empat golongan, salah satunya adalah para nabi.

Sedekah baju elak bertelanjang di Padang Mahsyar kelak



Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, salah satu cara untuk mengelakkan diri daripada tidak berpakaian di akhirat kelak adalah dengan mendermakan pakaian kepada orang yang memerlukan.

ARTIKEL MENARIK:“Golongan Mak Nyah Pun Kira Lelaki” – ‘Viral’ Solat Berjemaah Lelaki Perempuan Bercampur, JAKIM Beri Penjelasan


Ulasnya, perkara demikian bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kalian akan dikumpulkan menuju Allah SWT dalam keadaan tidak memakai kasut, bertelanjang dan tidak berkhatan.

“Ada empat golongan yang tidak bertelanjang pada hari kiamat. Para nabi, orang yang meninggal dalam keadaan syahid, orang yang dalam ihram dan juga orang yang menyedekahkan baju kepada orang lain.

“Orang yang mati dalam ihram akan bangun dengan memakai ihram. Orang mati syahid pula akan bangun dengan memakai pakaian tenteranya mengikut zaman masing-masing.

“Tetapi kita telanjang, tok imam telanjang, tok siak pun telanjang, semua telanjang,” ulasnya.

Tambah Ustaz Azhar, segala harta yang kita peroleh di dunia hanyalah bersifat sementara.


Loading...


Namun, sekiranya ia dibelanjakan dalam jalan Allah SWT, ia bakal menjadi harta kita di akhirat kelak.

“Kita nak tak telanjang? Jika tidak mahu, sedekahlah baju kepada orang yang masih hidup.

“Dapat gaji, guna RM100 untuk beli tiga pasang pakaian, beri pada orang miskin. Maka kita akan berpakaian di hari akhirat.

“Apa yang kita pakai di dunia akan jadi kain buruk, yang dimakan akan jadi tinja tetapi apa yang didermakan akan jadi harta kita di akhirat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post