Masih tiada penghujung, perbalahan antara usahawan terkemuka, Datuk Seri Aliff Syukri dan pengacara sensasi, Azwan Ali atau dikenal sebagai Diva AA masih berterusan.
Terkini, Aliff Syukri telah memuat naik sebuah video Diva AA yang membakar gambarnya untuk ‘sihir’.
ARTIKEL MENARIK:Tak Dapat Hubungi Anak, Tak Hadir Majlis Graduasi, Fizi Ali Nak Bawa Ke Mahkamah – “Daddy Tak Tau Ameena Di Mana Sekarang”
Dalam video tersebut, Diva AA kelihatan membakar foto Aliff sehingga hangus sambil mengugut untuk menyihir usahawan tersebut. Tidak berdiam diri, Aliff membidas Azwan Ali di ruangan kapsyen video berkenaan.
Azwan, banyak saya bersabar. This is not funny b*tch.
Tunggu lawyer saya bertindak. Saya malas nak respon ke mana-mana pihak.
Loading...
Tidak menganggap perkara itu sebagai bahan jenaka, Aliff merasakan hal yang dibuat itu sangat keterlaluan. Pada masa yang sama, usahawan berumur 36 tahun ini menegaskan bahawa apa yang dibicarakan tentang dirinya itu hanyalah fitnah semata-mata
Terdahulu, media sosial digemparkan apabila kedua individu yang cukup dewasa ini telah bergaduh dan hingga kini saling balas-membalas provokasi daripada kedua belah pihak.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment