Pelawak dan personaliti TV, Nabil Ahmad memaklumkan dia telah mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis berhubung iklan pelaburan haram yang telah menggunakan wajahnya.
Kata Nabil, penggunaan imej dirinya itu telah menjejaskan nama dan juga kerjaya yang dibina selama ini.
ARTIKEL MENARIK:(VIDEO) “Tengah ‘Berubat’ Kot…” – Syamsul Yusof Tampil Berimej Baru, Netizen Komen Raut Wajah Nampak Sedih
Penggunaan imej dan wajah saya untuk sebuah artikel yang mengajak orang untuk buat pelaburan.
Nak beritahu ini adalah satu scam sedang berlaku sekarang ni dan saya sudah membuat laporan polis kerana menjejaskan nama dan kerjaya saya.
Loading...
Perkara itu dimaklumkan Nabil menerusi satu hantaran video di Instagramnya sebentar tadi.
Dia juga bakal membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membersihkan namanya.
Laporan sudah dibuat untuk membersihkan nama saya dan lepas ini saya akan ke SKMM untuk tindakan selanjutnya. Harap maklum semua, ini adalah scam!
Kredit -beautifulnara
Post a Comment