“Ayah Yang Sangat Baik, Suka Ceriakan Suasana” – Jenazah Selamat Dikebumi, Ahli Kumpulan In-Team Dedah Sikap Arwah Suhaimi Saad

“Ayah Yang Sangat Baik, Suka Ceriakan Suasana” – Jenazah Selamat Dikebumi, Ahli Kumpulan In-Team Dedah Sikap Arwah Suhaimi Saad

Pada jam 9.30 pagi tadi, jenazah Allahyarham Suhaimi Saad telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

“Ayah Yang Sangat Baik, Suka Ceriakan Suasana” – Jenazah Selamat Dikebumi, Ahli Kumpulan In-Team Dedah Sikap Arwah Suhaimi Saad



Difahamkan dari penjelasan salah seorang ahli kumpulan In-Team iaitu Rahim, kira-kira 150 jemaah hadir melakukan solat jenazah buat arwah.

ARTIKEL MENARIK:(VIDEO) “Hebat Didikan Arwah” – Netizen Kagum Ina Naim Sangat Tenang Jawab Pertanyaan Wartawan Soal Pemergian Suami


Bercerita lanjut mengenai sikap rakan baiknya itu, Rahim berkata arwah seorang yang ceria serta suka menghiburkan orang sekelilingnya.

suhaimi saad

Dia seorang yang sangat baik. Dia suka menghiburkan ketika kami dalam In-Team dan arwah sentiasa menceriakan suasana.

Dalam pada menceritakan sikap arwah, Rahim turut memberitahu Suhaimi seorang bapa yang pandai mendidik empat orang anak-anak dan kesemuanya mempunyai akhlak yang baik.



Loading...


Sekadar info, Allahyarham Suhaimi mendirikan rumah tangga bersama isteri, Ina Naim pada tahun 2007. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata hasil daripada perkahwinan yang dibina.

Kredit -beautifulnara



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post