Pelakon Puteri Sarah Liyana, masih terkait dengan kehidupan bekas suaminya, Syamsul Yusof dan isteri baru, Ira Kazar apatah lagi dia masih diganggu meskipun selepas bercerai.
Aktres berusia 37 tahun itu kini dilihat semakin aktif membuat siaran langsung di aplikasi TikTok dan berkomunikasi serta menjawab soalan peminatnya.
ARTIKEL MENARIK:“Tak Suka, Tetap Sesuai Dengan Anna” – Didakwa Bercinta Dengan Ameera Khan, Peminat Meerqeen Tak Puas Hati
Baru-baru ini, dia ditanya jika bekas suami melabur dalam perniagaan yang baru diceburinya dan Sarah kemudian menjawab kepada individu yang suka membuat provokasi membabitkan Syamsul Yusof.
Hello, of course lah tidak (melabur). Saya rasa kan semua akaun palsu ini dia buat notifikasi (ketawa). Jadi, bila Puteri Sarah live, dia akan cepat-cepat masuk.
Bukan itu sahaja, Puteri Sarah juga turut ‘bikin panas’ dan berkata walaupun sudah bercerai Syamsul ada memberitahu dia berada di set penggambaran untuk ‘scene’ waktu malam.
Oh lupa sebab tadi orang tu (Syamsul) ada bagitahu dia shooting malam ini. Jadi sebab Syamsul tak ada kat rumah kan, dia kacau Puteri Sarah. Tapi tadi suami awak voice note saya ya. Jangan marah (ketawa).
Puteri Sarah juga turut mengingatkan Ira Kazar untuk memeriksa call log di telefon bimbit Syamsul untuk membuktikan Syamsul kerap menghubunginya.
Saya rasa lebih baik awak check phone dia sebab dekat call log banyak nombor telefon saya. Saya tak tahu dia letak nama saya apa. Tak mungkin dia letak nama Puteri Sarah kan.
"Kadang-Kadang Makan Sampai Dua Kali" - Eh Tercakap Pula, Puteri Sarah Dedah Syamsul Yusof Berselera Makan Ketika Ambil Anak-Anak
Kredit -beautifulnara
Post a Comment