Direman 4 hari, pengasas syarikat penerbangan terkait ubah wang haram?

Direman 4 hari, pengasas syarikat penerbangan terkait ubah wang haram?

Pengasas bersama yang juga pemegang saham terbesar syarikat penerbangan tambang rendah direman selama empat hari.

Direman 4 hari, pengasas syarikat penerbangan terkait ubah wang haram?



Terdahulu, beliau bersama isteri dan anak dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang, di sini bagi permohonan reman.

ARTIKEL MENARIK:Musim berebut, beratur panjang beli kunafa dan beras


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Reman terhadap individu bergelar Datuk berusia 57 tahun bersama isteri berusia 55 tahun dan anaknya berusia 26 tahun dibenarkan selama empat hari.

“Sebelum ini semua individu berkenaan ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada 5.30 petang,” katanya ketika dihubungi media.



Loading...


Sebelum ini, sebuah syarikat penerbangan tambang rendah dilaporkan mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa pada 12 Oktober.

Penggantungan berkenaan akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Terdahulu tular laporan sebuah portal mendakwa pengasas bersama dan pemegang saham syarikat penerbangan itu terbabit dengan kegiatan scammer.


Kredit -suaramerdeka



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post