Perkongsian pelakon, Janna Nick di Instagram menjadi bualan ramai selepas memuatnaik babak dirinya sedang menyanyi bersama aktor, Hafidz Roshdi dalam sebuah drama yang sedang ditayangkan di kaca televisyen.
Janna Kongsi Babak Menyanyi Bersama Hafidz
ARTIKEL MENARIK:“Of Course Cap Jadi The First One ‘Menggeletis’ Nak Handle Kes Ni!” – Zarina Anjolie Ulas Isu Ebit Lew & Mondy
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, dapat dilihat Janna dan Hafidz sedang menyanyikan lagu Cinta Tiga Segi nyanyian Saleem penggambaran drama Melastik Ke Hatimu 2.
“Baru jiwa lagu lagu ceni #melastikkehatimu2.”-kapsyen Janna di Instagram
Komen Shuhada Curi Perhatian
Apa yang mencuri perhatian adalah bekas isteri kepada Hafidz, Nurul Shuhada turut memberikan komen pada posting Janna yang menyifatkan lagu yang dinyanyikan oleh mereka bersesuaian dengan Hafidz.
“Wehh kena siak lagu ni dengan dia hahaha. menceritakan segalanya .”-komen Shuhada
Ditegur Netizen Untuk Fokus Ibadah Di Tanah Suci?
Walaubagaimanapun, Shuhada mendapat teguran dari salah seorang netizen yang memintanya untuk memberi fokus kepada ibadah di Tanah Suci selepas menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga.
“Salam Shu, fokuslah beribadah di Tanah Suci. Tak perlu kot main media sosial di sana. Kata dah move on. Jaga diri, jaga hati.”-tegur netizen
“Jangan Sampai Memfitnah…”
Tidak berdiam diri, Shuhada membalas komen netizen berkenaan dengan menegaskan bahawa dirinya yang melalui kisah hidupnya itu lebih mengetahui segalanya berbanding orang luar, malah turut menitipkan pesanan agar tidak mengundang fitnah.
“Entahlah saya kesian dengan awak, fokus ibadah, fokus kehidupan, fokus move on, awak tahu ke saya buat apa?, Main media sosial? Hahaha.
Whatever it is, saya lebih tahu berbanding awak, saya yang lalui kisah hidup saya, awak hanya dengan dari mulut orang. Jadi, tolong jangan sampai memfitnah, saya takkan maafkan awak.”-balas Shuhada
Sekadar info, Shuhada dan Hafidz Roshdi mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.
Namun, perkahwinan yang dibina tidak berpanjangan apabila pasangan ini sah bercerai pada 22 Februari 2023.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment