Penyanyi, Nourul Depp meminta netizen di luar sana untuk berhenti membuat sebarang spekulasi tentang anak perempuan, Ayu Nazirah gara-gara hantaran pengalaman melahirkan sekitar 25 tahun lalu di Instagram.
Ujar Nourul, hantaran tersebut hanyalah sekadar luahan hatinya sebagai seorang ibu dan manusia yang tidak sempurna.
ARTIKEL MENARIK:Tak Melatah Atau Balas Makian Netizen, Cara Norman Hakim ‘Handle’ Isu Anak Jadi ‘Penyondol’ Dipuji
Terima kasih kerana berjalan dalam kasut saya. Hebatnya, nak tahu dan kenal nujum pak belalang hangpa. Spekulasi tu kan boleh jadi menghasut.
Tak perlulah speculate. Memang kami yang kongsi. Hanya luahan hati dari seorang ibu dan manusia yang tidak sempurna. Terima kasih atas keprihatinan anda.
Dia dalam pada itu turut berkongsi foto dia bersama anaknya berpelukan selain menganggap anak perempuannya itu seorang insan yang baik.
Kami sakit, dia jaga. Kami masuk hospital buat hysterectomy, dia jaga tidur di hospital. Dia anak yang baik.
Terdahulu, Nourul ada berkongsi satu luahan hati di mana dia ada menulis bahawa dirinya ‘mati’ setelah membesarkan anak gadisnya itu.
Ayu Nazirah merupakan anak hasil perkahwinan pertama Nourul dengan komposer terkenal, Ajai.
Setelah bercerai, Nourul kemudian bernikah dengan Eric Daniel Depp pada tahun 2022 dan memperoleh tiga orang cahaya mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment