Gosip Bertunang Dengan Ahli Perniagaan, Nabila Razali Mohon Hormat Privasi

Gosip Bertunang Dengan Ahli Perniagaan, Nabila Razali Mohon Hormat Privasi

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, enggan mengulas mengenai dakwaan dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan baru-baru ini.

Gosip Bertunang Dengan Ahli Perniagaan, Nabila Razali Mohon Hormat Privasi



Selain itu Nabila juga mahu semua pihak menghormati privasi dirinya dan menerima keputusan tersebut.

ARTIKEL MENARIK:“Dah September Tapi Gaji Ogos Tak Dapat Lagi!” – Pengacara Popular Didakwa Aniaya Staf, Gaji Berbulan Tak Dibayar?


“Saya tidak pernah berkongsi apa-apa kenyataan, gambar mahu pun video di mana-mana media sosial saya (konon dirinya bertunang). Apa yang berlaku adalah di luar bidang kuasa saya.

“Untuk saya sendiri, sekiranya sudah bersedia, sudah tentu saya akan maklumkan kepada rakan media, selebriti dan sesiapa yang mengenali saya.

“Tetapi, buat masa ini, saya harap semua pihak hormati keputusan dan privasi saya,” katanya pada sidang media drama Luruhnya Bunga Cinta yang mengisi slot Akasia TV3, pada Ahad.

Adakan majlis secara tertutup, Nabila Razali kini tunang ahli perniagaan? |

Baru-baru ini, tersebar gosip konon Nabila yang popular dengan lagu Pematah Hati, sudah bertunang dengan seorang ahli perniagaan.



Loading...


Mengulas mengenai tekanan yang dihadapinya apabila sering diasak dengan pertanyaan berkaitan jodoh dan percintaan, Nabila mengaku ia perkara biasa dalam kehidupan sebagai selebriti.

“Kalau cakap soal tekanan, dari dahulu lagi, bukan pasal soalan sahaja, tetapi, kritikan dan cemuhan memang sinonim. Namun, itulah asam garam anak seni yang sentiasa diperhatikan dan dijadikan bahan.

“Saya tidaklah marah, cuma, satu sahaja diminta, hormati keputusan saya… Terima kasih,” katanya. – BOOM!

Sumber: BH ONLINE


Kredit -Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post