Seorang pempengaruh dan jurugambar Perancis yang dikenali dengan keberaniannya melakukan aksi mencabar memanjat bangunan pencakar langit dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 68 sebuah bangunan pencakar langit ketika sedang mengambil gambar.
Menurut laporan, Remi Lucidi dipercayai terperangkap di luar unit paling tinggi (penthouse) di kompleks Menara Trengunter di Hong Kong sebelum panik dan bertindak mengetuk tingkap.
ARTIKEL MENARIK:Guru Dibuang Kerja Dapat Semula Jawatan, Tak Hadir Mengajar Selama 4 Tahun
Difahamkan, seorang pembantu rumah kediaman itu yang ternampak Remi telah menelefon polis namun mangsa tidak dapat menahan dan tergelincir jatuh.
Loading...
Pihak berkuasa tempatan membuat dakwaan bahawa jurugambar berusia 30 tahun itu telah menipu dan memberikan alasan untuk masuk ke bangunan melawat rakannya di tingkat 40.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment