Personaliti media sosial, Ubai, reda dengan dugaan illahi apabila kehilangan dua orang tersayang dalam tempoh tiga bulan.
Terdahulu, pada 4 Mei lalu, Ubai kehilangan adik lelakinya, Allahyarham Muhammad Azrullah Mohd Zulkefli yang meninggal dunia akibat kemalangan.
ARTIKEL MENARIK:“Semua Berlumba Nak Cantik Tapi..” – Noorkhiriah Luah Rasa Sedih Kini Jadi ‘Trend’ Selebriti Buka Tudung
Semalam, ibunya Rohani Jamal pula pergi menghadap Illahi.
“Dua kehilangan dalam tempoh masa tiga bulan. Adik pergi sebelum Ubai bertunang, mak pula pergi lagi beberapa hari sebelum Ubai bernikah. Besar ujian dan dugaan ini.
“Persiapan nikah dan sanding semua dah siap. Tetapi Allah maha mengetahui, semua yang jadi pasti ada hikmah,” katanya sayu.
Luahan tersebut dimuat naik Ubai menerusi sebuah hantaran di Instagram, pada Isnin.
Dalam hantaran itu, Ubai turut memberitahu ibunya ada meminta semua memakai baju putih untuk majlis pernikahan dan persandingannya dengan Shila Amzah.
Malah, arwah turut berpesan supaya majlis tidak ditangguhkan walauapapun yang terjadi.
“Ubai ingat pesan mak, apa-apa jadi majlis mesti diteruskan dan jangan tangguh. Saudara mara, kawan-kawan mak, kawan-kawan Ubai, nurse dan doktor hospital semua tahu mak. Mak pesan kat semua orang pasal majlis kami.
“Untuk nikah and sanding ni, mak nak semua orang pakai baju putih. Mak memang nak juga baju putih. Baju mak pun Ubai dengan Sha dah beli, Alhamdulillah mak pakai cantik sangat haritu.
“Ubai janji dengan mak, Ubai akan jaga Sha, adik beradik dan family yang lain. Mak berehatlah.
“Terima kasih pada yang pernah buat mak tersenyum, tertawa during her fight.
“Terima kasih nurse, doctor dan kakitangan PPUM yang jaga mak dari awal hingga ke akhir.
“Terima kasih mak untuk segalanya. Jangan risau mak, anak mak kuat! Al-fatihah,” katanya.
Allahyarham Rohani Jamal meninggal dunia pada jam 6.45 petang, Ahad, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Difahamkam, Allahyarham sebelum ini bertarung dengan penyakit barah dihidapinya.
Malah, ketika majlis pertunangan Ubai dan Shila pada 27 Mei lalu, Allahyarham hadir dalam keadaan bersemamgat walaupun kurang sihat. – BOOM!
Kredit -Boom! Malaysia.
Post a Comment