HASRAT usahawan kosmetik Liana Rosli atau Kak KM mahu mengambil insurans buat anak ketiganya bertukar mimpi ngeri apabila mendapat perkhabaran buruk tentang kesihatan remaja berkenaan.
Kak KM berkata terdapat lubang pada bahagian jantung anak perempuannya iaitu Rania Razman, 13, selepas membuat pemeriksaan kesihatan sebagai salah satu syarat permohonan polisi insurans kesihatan.
ARTIKEL MENARIK:Tak jalan tanggungjawab… Ini tindakan terbaru Diana Danielle buat Farid Kamil tak senang duduk
“Baru-baru ini saya mahu mengambil insurans kesihatan untuk Rania tapi sebelum itu kami perlu membuat pemeriksaan kesihatannya terlebih dahulu.
Perkongsian yang dibuat Kak KM menerusi Instastory miliknya.
“Rupa-rupanya lubang pada bahagian jantungnya sudah membesar dan terus dirujuk ke hospital. Jadi tanpa sebarang perlindungan insurans, saya perlu tanggung segala kos rawatan yang dibuat,” katanya ketika dihubungi mStar.
Kak KM mengulas mengenai perkara itu selepas berkongsi video di Instagram miliknya memaklumkan Rania tidak sedarkan diri selepas dibius di Institut Jantung Negara (IJN).
Menerusi video tersebut, Kak KM juga dilihat sedang menangis dan memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan anaknya itu.
Dalam pada itu, Kak KM berkata, dia hampir pengsan sejurus melihat anaknya tidak sedarkan diri apabila diberikan suntukan bius sebelum menjalani ujian tiub di IJN.
Rupa-rupanya lubang pada bahagian jantungnya sudah membesar dan terus dirujuk ke hospital.
Usahawan itu memberitahu dia kini sedang menunggu laporan kesihatan daripada pakar merawat Rania sama ada perlu menjalani prosedur lain.
“Dia terpaksa menerima rawatan ujian tiub selama tiga jam dan kini sedang menunggu laporan doktor untuk rawatan seterusnya.
“Apa membuatkan saya sedih apabila doktor memberikan ubat bius dan dia terus tak sedarkan diri… kaki saya terus rasa lembik macam nak pengsan,” katanya.
kak kmm
Kak KM berkongsi sejak kecil Rania tidak mengalami sebarang simptom.
Sementara itu, Kak KM berkata, sejak Rania dilahirkan doktor pernah memberitahunya dan suami anaknya itu mempunyai masalah injap jantung berlubang.
Bagaimanapun katanya, Rania tidak pernah berdepan sebarang masalah kesihatan ketika kecil namun mula menunjukkan beberapa simptom apabila menginjak remaja.
“Sebenarnya sejak lahir lagi kamu sudah diberitahu doktor dia mengalami masalah injap berlubang… tapi bila meningkat dewasa baru dia tunjuk beberapa simptom seperti sukar bernafas,” katanya.
Kredit -
Post a Comment