Ditanya tk rindu kereta syamsul. Sekali Puteri Sarah umum ni

Ditanya tk rindu kereta syamsul. Sekali Puteri Sarah umum ni

Baru-baru ini, pengarah sensasi Syamsul Yusof dilihat menyertai acara pertunjukan kereta jenis sport car yang berlangsung di litar Sepang, Selangor.

Ditanya tk rindu kereta syamsul. Sekali Puteri Sarah umum ni



Menerusi sepotong video yang tular di laman TkTok, Syamsul dilihat mempamerkan kereta mewah jenis Lamborghini miliknya pada acara berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:“Kami Gagal Membesarkan Dia” – Jocelyn Chia Dibuang Keluarga, Pengumuman Dibuat Bapa Di Twitter


Kehadiran pengarah filem Mat Kilau itu telah membuatkan rata-rata pengunjung yang hadir berasa teruja lantas merakam momen Syamsul bersama kereta miliknya yang berwarna keemasan itu.



Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan wargamaya adalah komen yang ditinggalkan seorang pengguna di ruangan balas selepas ‘memetik’ nama bekas isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah.

Individu tersebut telah bertanyakan kepada Sarah adakah dia tidak merindui bekas suami dan kereta tersebut.
Komen berkenaan kemudian mendapat perhatian aktres tersebut dengan menyatakan bahawa dia tidak merindui Syamsul. Malah, Sarah berseloroh mengatakan dia juga memiliki kereta Lamborghini di rumahnya.


Loading...


Untuk rekod, Sarah dan Syamsul pernah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun pasangan ini bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber : ohbulan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post