Penyanyi muda, Masya Masyitah sekali lagi tarik perhatian dan kecaman ramai dek kerana pemakaiannya yang serba tak kena.
Kali ini, penyanyi berusia 23 tahun itu mengenakan pula pakaian hitam dengan skirt pendek, but tinggi dan lengging jarang.
ARTIKEL MENARIK:“Pagi Tadi Pergi Scan, Terkejut Dapat Tahu Rupanya Kandungan Dah 4 Bulan,” – Min Yasmin
Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff berkongsi fesyen gadis Jepun itu di Instagramnya dan rata-rata pengikut menegurnya kerana lengging yang dipakainya terlihat warna kulit bahagian peha.
Loading...
Ramai yang meluahkan rasa kurang senang melihat Juara Ceria Popstar itu yang bertudung tetapi memakai pakaian yang mendedahkan kulitnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial telah menegur Masya kerana seolah-olah tidak serik dikecam.
Bukan itu sahaja, ada juga yang menasihati penyanyi lagu Teman Bintang itu untuk tidak memburukkan imej orang beragama Islam.
Kredit: Instagram
Kredit -Oh! Media.
Post a Comment