Lepas Kena Scam Minggu Lepas, Ramai Tak Sabar Nak Tengok Ending Andai Itu Takdirnya Esok!

Lepas Kena Scam Minggu Lepas, Ramai Tak Sabar Nak Tengok Ending Andai Itu Takdirnya Esok!

Selepas ramai yang ‘terkena’ minggu lalu, peminat drama Andai Itu Takdirnya tidak sabar untuk menyaksikan kesudahannya dalam espisod terakhir, esok.

Lepas Kena Scam Minggu Lepas, Ramai Tak Sabar Nak Tengok Ending Andai Itu Takdirnya Esok!



Drama karya hebat Siti Rosmizah yang membariskan Hannah Delisha dan Shukri Yahaya itu sebelum ini sering menjadi bualan penonton, kerana permainan emosi dalam perjalanan rumahtangga Syed Aizril dan Aleya.

ARTIKEL MENARIK:Hiburkan Hati Peminat Jadi Asbab Sumber Pahala? Ini 5 Selebriti Malaysia Meninggal Dengan “Cara Mudah” Saat Tidur




Dibawah arahan pengarah oleh Jamal Khan serta terbitan SR One Sdn Bhd, drama ini turut dibintangi Puteri Sarah Liana sebagai Umairah dan Idzham Ismail sebagai Ikram.

Bakal bertemu episod terakhirnya esok, Hannah Delisha dan Shukri Yahaya mengucapkan terima kasih di atas sokongan tidak berbelah bahagi penonton.


“Jangan lupa saksikan minggu akhir Andai Itu Takdirnya. Teruskan menyokong kami dan juga trending komen habis-habisan di Twitter.

“Last episod tu saya akan pastikan akan ada surprise yang sangat mengejutkan! Kena saksikan,” kata Hannah Delisha.



Loading...


Sementara itu Shukri Yahaya pula terus memberikan teka-teki dan meminta para peminat menonton sendiri episod terakhir, esok.

“Jangan lupa tengok Andai Itu Takdirnya. Ini minggu akhir, korang tengok la. Tengok aku bodoh ke korang yang bodoh, tengok tau!” katanya sambil berseloroh.

Selain drama, runut bunyi yang dihasilkan untuk karya hebat ini turut mendapat pujian penonton.


Runut bunyi bertajuk ‘Andai Itu Takdirnya’, dinyanyikan oleh penyanyi berbakat besar, Vanessa Reynauld.

Sementara, lagu ‘Takdir Cinta Kita’ pula dinyanyikan oleh penyanyi bersuara lunak, Asfan Shah dan Erin CTJ.

Minggu akhir ‘Andai Itu Takdirnya’ Karya Siti Rosmizah ditayangkan pada setiap hari Isnin 19 Jun 2023 hingga Khamis 22 Jun 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. – BOOM!


Kredit - Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post