Guru Bahasa Melayu, Inggeris paling ramai bersara awal

Guru Bahasa Melayu, Inggeris paling ramai bersara awal

PETALING JAYA – Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris antara yang paling ramai memohon bersara awal berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan (KPM) sepanjang 2021 dan 2022.

Guru Bahasa Melayu, Inggeris paling ramai bersara awal



Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia diikuti oleh guru Matematik, Pendidikan Islam, Sains dan Sejarah dengan jumlah keseluruhan guru memohon bersara awal seramai 6,890 pegawai.

ARTIKEL MENARIK:Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 sebelum Aidiladha


“Berdasarkan rekod KPM, bilangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang memohon persaraan pilihan berdasarkan enam opsyen utama tertinggi adalah Bahasa Melayu (2,862 pegawai), Bahasa Inggeris (1,146 pegawai) dan Matematik (1,015 pegawai).

“Seterusnya, Pendidikan Islam (755 pegawai), Sains (629 pegawai) dan Sejarah (483 pegawai),” katanya menerusi jawapan lisan dimuat naik pada web Parlimen semalam.



Loading...


Beliau berkata demikian menjawab soalan Zulkifli Ismail (Jasin-PN) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan statistik permohonan bersara pilihan dalam kalangan PPP secara perbandingan mengikut bidang kepakaran (opsyen) daripada tahun 2021 hingga 2023.

Sementara itu, Fadhlina berkata, bagi tahun ini pula, kelulusan permoho


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post