Seorang ibu kepada lima cahaya mata dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya yang berusia 14 dan 12 tahun.
Menurut laporan Harian Metro, wanita berusia 33 tahun itu mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu di Puncak Alam, kira-kira 8 malam pada November 2022 lalu.
ARTIKEL MENARIK:Bermodalkan RM2.54, ibu sediakan 40 kotak minyak angin sempena Hari Guru
Bukan itu sahaja, dia juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengarahkan pembuatan pornografi kanak-kanak dalam bentuk video terhadap anak perempuannya berusia 15 tahun.
Difahamkan, perbuatan itu didakwa dilakukan di hotel di Sungai Buloh pada 2 pagi, Februari 2022.
Loading...
Dalam pada itu, seorang penarik kereta berusia 22 yang juga kenalan wanita berkenaan didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan tersebut.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment