“Saya Tahu Dia Akan Sedih” -Alya Iman Beritahu Sebab Sebenar Dia Buka Tudung

“Saya Tahu Dia Akan Sedih” -Alya Iman Beritahu Sebab Sebenar Dia Buka Tudung

“Tak nak hipokrit dan mahu jadi diri sendiri,” begitulah penjelasan pelakon Alya Iman berhubung tindakannya memuat naik hantaran tidak lagi bertudung sejak 1 Syawal lalu.

“Saya Tahu Dia Akan Sedih” -Alya Iman Beritahu Sebab Sebenar Dia Buka Tudung



Alya atau nama sebenarnya, Nur Alya Iman Azmil, 22, memberitahu tindakannya membuka hijab bukanlah perkara baharu dan sudah diketahui lebih awal oleh mereka yang rapat dengannya.

ARTIKEL MENARIK:Bekas Suami Kahwin Dengan Dhabitah, Elly Pesan Kunci Rumah Tangga Adalah Sabar


“Keluarga dan teman rapat memang tahu saya tidak lagi berhijab. Cuma, saya memilih untuk tidak berkongsi mengenainya dalam media sosial.

“Sebelum ini, saya memang berperang dengan diri sendiri adakah saya sudah bersedia dengan kecaman netizen jika kongsi penampilan baru dalam media sosial.

“Selepas mendapat persetujuan keluarga dan teman rapat, saya nekad untuk berkongsi perubahan imej dengan khalayak.

“Tak dinafikan ada juga rasa sedih bila netizen memberi komen negatif dan mendoakan yang buruk-buruk kepada saya.

“Namun, saya terima sahaja apa komen diberikan dengan hati terbuka. Sekurang-kurangnya saya lega kerana tak perlu sorok-sorok lagi,” katanya kepada BH Online.

Ditanya adakah keputusan membuka tudung dibuat kerana terpaksa, Alya menafikannya.

“Keputusan tidak lagi bertudung dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan kerana nak kahwin ataupun tuntutan kerja.

“Nak kahwin macam mana, teman lelaki pun belum ada lagi,” ungkap anak kepada pelakon popular era 1980-an, Allahyarham Azmil Mustapha ini.

Terdahulu, menerusi hantaran dimuat naik, pelakon drama rantaian Bukan Kahwin Paksa dan Ku Punya Hati itu kelihatan anggun dengan gaya rambut berombak dengan mengenakan busana raya.

Dalam satu video lain, Alya kelihatan gembira dan bahagia saat didandan oleh penata rias.

Sementara itu, berkongsi sambutan Aidilfitri tahun ini, Alya berkata, dia menyambut Syawal di kampung ibunya di Ijok, Selangor.

“Saya beraya di kampung sebelah mama, namun sehari sahaja. Selepas itu, saya pulang semula ke Kuala Lumpur kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan,” katanya.


“Tak Ada Belaskah Terhadap Arwah Ayah Soleh Sampai Buat Dosa Besar?” – Pesanan Ustaz Dusuki Buat Alya Iman



Loading...


Tidak mahu jadi hipokrit dijadikan alasan buat keputusan untuk tidak lagi bertudung? Apa semua ini? Itulah antara jawapan yang diberikan pelakon, Alya Iman selepas tiba-tiba tampil tidak berhijab baru-baru ini.

Nur Alya Iman Azmil juga menegaskan dia mahu menjadi diri sendiri dan tidak mahu menipu orang ramai tentang penampilannya di media sosial.

Tidak berdiam diri, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani tampil membidas kenyataan Nur Alya yang berkata manusia yang membuka dan mendedahkan aurat itulah sebenarnya manusia hipokrit.

Tak kesian ke dengan arwah ayah yang soleh sampai sanggup buat dosa besar?

Kenapa bila pergi kubur atau mahkamah syariah kalian boleh menutup aurat?

Kenapa saat kalian menjadi mayat, kalian ditutup aurat untuk menghadap Allah SWT? Tiba-tiba sekarang baru nak sebut tak nak digelar manusia hipokrit?

Tak ada belaskah dalam dada kalian terhadap arwah ayah yang soleh itu sampai sanggup melakukan dosa besar ini?


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post