Sampai bila perlu rakyat tanggung keadaan sebegini? – Sultan Ibrahim

Sampai bila perlu rakyat tanggung keadaan sebegini? – Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menyuarakan kebimbangan baginda terhadap desas-desus berkenaan kestabilan kerajaan yang terus kedengaran sehingga hari ini, walaupun sudah enam bulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Sampai bila perlu rakyat tanggung keadaan sebegini? – Sultan Ibrahim



“Rakyat telah menaruh harapan tinggi dalam PRU15 lalu, dan telah memberi undi mereka kepada 222 wakil rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik negara.

ARTIKEL MENARIK:Kronologi kes Siti Bainun abai, aniaya Bella


“Namun, sehingga kini, 222 Ahli Parlimen ini masih tidak dapat bersepakat sehingga ada gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan yang sedang dibina,” titah baginda dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook hari ini.

Bertitah lanjut, Sultan Ibrahim melahirkan pandangan bahawa keadaan sebegini adalah tidak sihat untuk semua lapisan negara  baik dari segi sosial, ekonomi mahupun kedudukan kita di peringkat antarabangsa.



Loading...


“Sudah-sudahlah. Sampai bila lebih 30 juta rakyat Malaysia hendak menanggung keadaan sebegini? Ekonomi perlu dipulihkan, kesejahteraan dan kemakmuran negara mesti diutamakan,” titah baginda.

Desas-desus wujudnya cubaan untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri kesepuluh, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin hangat diperkatakan kebelakangan ini. – MalaysiaGazette


Kredit -



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post