Sekitar 2015, bintang popular, Asmawi Ani atau Mawi, 38, mendedahkan bahawa dia pernah diganggu makhluk ghaib hingga menyebabkannya hilang ingatan.
Dek kejadian mistik dialaminya, maka tidak hairanlah pernah suatu ketika kira-kira setahun lamanya kelibat Mawi tidak kelihatan di kaca TV.
ARTIKEL MENARIK:“Muka Tak Macam Hero, Baik Jadi Penyangak Saja” – Diperlekeh, Idzham Ismail Hampir Putus Asa
“Pada masa itu, mulut saya berdarah tak henti-henti. Malah air liur yang terhasil umpama air sirap, warna merah jernih.
“Lebih teruk, kejap-kejap saya rasa nak meludah sebab air liur asyik bertakung dalam mulut.
“Terasa macam aliran bendalir dalam badan tak macam normal, macam bunyi arus.
“Sampaikan saya tak boleh tidur sebab berlanjutan berulang kali,” katanya sewaktu membuat pendedahan eksklusif menerusi medium IG Live akaun milik Wartawan Hiburan (WHAM).
Bagaimanapun, pengarah filem Tiada Tajuk itu berkata, setelah pemeriksaan susulan dilbuat di hospital, doktor mengesahkan dia sihat seadanya.
Secara tidak langsung, informasi dikongsikan pakar kesihatan itu menimbulkan kekeliruan dalam minda Mawi kerana dia tidak pernah mengalami situasi tersebut.
“Selang beberapa hari kemudian, selesai saja solat Asar, benda yang sama datang balik.
“Bahkan air liur bertambah banyak dan makin pekat kemerahan. Tahu-tahu tak sedarkan diri.
“Tiba-tiba waktu terjaga, saya berada di pangkuan seseorang. Apabila ditanya siapa, rupanya wanita itu adalah Ekin, isteri saya.
“Menurut Ekin, hampir 15 minit saya ambil masa untuk ingat semula semuanya tentang diri sendiri sebaik tersedar daripada pengsan.
“Sama seperti kes pertama, hasil pemeriksaan dari sudut sains perubatan, doktor kata saya okey saja.
“Mungkin terlalu letih dan tak berehat secukupnya,” tambah penyanyi yang popular dengan lagu hit, Aduh Saliha itu.
Sesi IG Live bertajuk Menjadi Pengarah Tanpa Gagal anjuran di antara WHAM dan Finas itu diadakan bersempena penganjuran Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) pada 10 Disember ini.
Wawancara secara langsung berdurasi lebih sejam tersebut dikendalikan dua bekas wartawan hiburan, Nik Syafiq (Melodi) dan Faris Isa (Muzik-Muzik). – BOOM!
Kredit -Boom! Malaysia.
Post a Comment