Fathia Latiff Rakam Babak Filem “Anwar: The Untold Story” Ketika Tayangan Perdana?

Fathia Latiff Rakam Babak Filem “Anwar: The Untold Story” Ketika Tayangan Perdana?

Umum mengetahui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat menghadiri ke majlis tayangan perdana “Anwar: The Untold Story”, sebuah filem yang memaparkan kisah hidup dan perjuangan politik beliau.

Fathia Latiff Rakam Babak Filem “Anwar: The Untold Story” Ketika Tayangan Perdana?



Anwar yang turut ditemani isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di lokasi tayangan di Dadi Cinema, Pavilllion, Kuala Lumpur pada 8 Mei lalu.

ARTIKEL MENARIK:Dituduh Sengaja Gugurkan Kandungan, Nurul Shuhada Tampil Tempelak Dakwaan Hafidz Roshdi


Difahamkan lebih 250 tetamu kehormat terdiri dari tokoh politik penggiat seni industri kreatif serta penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon, Nur Fathia Latiff juga merupakan antara penggiat seni yang hadir pada majlis tayangan filem “Anwar:The Untold Story serta sempat berkongsi foto dirinya Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Loading...


Fathia Rakam Babak Filem Dalam Panggung Wayang?

Walaubagaimanapun, pelakon ini dilihat memuatnaik rakaman beberapa babak filem berkenaan di Insta Stories Instagram miliknya Ketika menghadiri tayangan perdana filem tersebut di Dadi Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur.


Filem yang membabitkan kos RM10 Juta itu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 18 Mei ini.

Terdahulu, adik kepada pelakon terkenal, Ameera Khan mendapat kecaman netizen selepas mengambil gambar beberapa babak filem terbaharu Lady Gaga, House Of Gucci dan memuatnaiknya di Insta Stories. Rata-rata daripada mereka mengecam Tindakan Ameera yang dilihat tidak professional dan melanggar peraturan yang ditetapkan.

Selain Ameera, Neelofa sebelum ini pernah terpalit dengan isu yang sama apabila berkongsi babak di dalam filem The Lion King.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post