Cara Pulihkan Pokok Layu Akibat Terlupa Siram Atau Ketika Cuaca Terlalu Panas.

Cara Pulihkan Pokok Layu Akibat Terlupa Siram Atau Ketika Cuaca Terlalu Panas.

Cara Pulihkan Pokok Layu Akibat Terlupa Siram Atau Ketika Cuaca Terlalu Panas. |Tanaman bekas atau container garden anda menjadi layu walaupun telah disiram air.

Cara Pulihkan Pokok Layu Akibat Terlupa Siram Atau Ketika Cuaca Terlalu Panas.



Sepatutnya tanaman di dalam bekas atau pasu memudahkan anda untuk aktiviti penyiraman kerana jumlah tanaman yang lebih kecil.

ARTIKEL MENARIK:6 Cara Buang Angin Dalam Badan Simple Je


Hal ini mungkin terjadi kerana kuantiti air siraman yang tidak mencukupi atau berlebihan. Pastikan kuantiti air yang betul mengikut jenis tanaman anda. Selain itu, waktu penyiraman turut mempengaruhi keadaan tersebut.

Tumbuhan dalam pasu/bekas kering dengan lebih cepat daripada tanaman di atas tanah. Secara umum, awal pagi atau petang adalah masa optimum untuk menyiram tanaman anda.

Jika anda meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang jangan terkejut sekiranya mendapati tumbuhan di halaman rumah sudah menunjukkan tanda-tanda layu atau hampir mati.

Salah satu faktor yang membuatkan pokok anda berubah tidak sihat adalah kerana cuaca yang begitu panas terik.

Tip Pertama Pulih Pokok Layu

Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan untuk mengembalikan pokok layu yang berpunca dari cahaya matahari.

  1. Alihkan tumbuhan yang terjejas ditempat yang lebih redup
  2. Cantas bahagian ranting atau dahan tumbuhan yang layu dan mati. Proses ini diperlukan untuk mempercepatkan kadar penyerapan air oleh tumbuhan.
  3. Lakukan siraman menyeluruh (deep watering) iaitu jika tanaman ditanam di dalam pasu, siram sehingga air keluar melalui lubang pasu.
  4. Setelah melakukan proses ini, biarkan pokok itu tadi di dalam tempat teduhan selama 2 – 3 minggu sehingga pokok beransur-ansur sihat dan segar.

Tip kedua pulih pokok layu

Bagi yang suka bercucuk tanam melihat pokok layu macam dah nak mati memang buat hati luluh kecewa. Apatah lagi jika selama ini berharap sangat lihat pokok membesar dan berhasil.

Lagi frust kalau ia kerana kita terlupa siram, atau gara gara cuaca panas. Kalau berlaku kejadian begini sama ada pada pokok bunga atau sayur, jangan panik. Cepat cepat buat langkah seperti yang dikongsi oleh Mohd Azrin Roselan .



Loading...


Hati mana tak remuk dan luluh hati bila lihat pokok layu macam dah nak mati. Gara-gara cuaca panas atau terlupa siram pokok.

Jangan panik. Tarik nafas dalam-dalam untuk bertenang. Ini cara saya nak pulih pokok yang layu.

1. Jangan terus curah atau siram air pada pokok nanti pokok akan lecur dan tidak dapat diselamatkan.

2. Ambil besen air. Letak pokok yang layu dalam besen. Isi air dalam besen sehingga paras pasu.

pokok layu

3. Kemudian biarkan dalam sejam lebih, bergantung pada keadaan pokok. Biarkan akar pokok menyerap air untuk pulih sendiri.

pokok layu

4.Hasilnya, pokok Insya- Allah akan segar semula.

pokok layu

Semoga bermanfaat.


Kredit -petuaibu



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post