Penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) di sini sejak petang semalam selepas mengadu sesak nafas.
Menurut anaknya, Mohd. Zaini, keadaan bapanya kini stabil dan boleh bercakap namun mengadu kepenatan.
ARTIKEL MENARIK:OOTD Raya Pasangan Selebriti Paling BOOM!
“Semalam, bapa mengadu sesak nafas lalu kami membawanya ke HTI dan dia dirawat di wad kecemasan pada kira-kira pukul 12 tengah hari. Pada pukul 5 petang, bapa dimasukkan ke wad biasa.
Keadaan M. Daud Kilau yang dirawat di Hospital Teluk Intan.
“Pemeriksaan oleh doktor mendapati bapa mengalami kencing manis tinggi gula, dia juga sesak nafas dan kini masih ditahan di wad.
“Keadaannya sekarang sudah stabil, boleh makan sedikit sedikit, dia juga sudah boleh bercakap cuma dia tak larat duduk lama, kerana akan rasa penat,” katanya.
Pada September lalu, Daud Kilau dimasukkan ke hospital sama selepas mengadu sesak nafas.
Penyanyi berusia 85 tahun itu mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu selepas disahkan menghidap kencing manis selain sakit pinggang dan jantung tidak stabil.
Ini menyebabkannya mengambil keputusan tidak lagi membuat persembahan pentas dan beliau lebih banyak berbaring di rumah. – BOOM!
Sumber: KOSMO! ONLINE.
Kredit -Boom! Malaysia.
Post a Comment