“Mental saya dah cukup koyak” – Zulin Aziz enggan buka pekung, kisah cerai bukan gimik

“Mental saya dah cukup koyak” – Zulin Aziz enggan buka pekung, kisah cerai bukan gimik

PELAKON dan pengacara Zulin Aziz tidak akan membuka mulut mengenai punca perpisahannya dengan suami, Farhan Norzaini kepada umum.

“Mental saya dah cukup koyak” – Zulin Aziz enggan buka pekung, kisah cerai bukan gimik



Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, berkata, dia lebih selesa menyimpan segala kemelut rumah tangganya dan cukup hanya dia dan Farhan mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam perkahwinannya.

ARTIKEL MENARIK:Mira Skandal View Chin Boleh Didenda RM3000 Atau Penjara Tak Lebih 2 Tahun?


Susulan itu, Zulin juga berharap orang ramai dapat menghormati privasi mereka berdua buat masa ini dan menganggap apa yang berlaku sebagai dugaan.

https://trendingsangat.pw/2023/04/17/mental-saya-dah-…erai-bukan-gimik/

Zulin mengumumkan sudah dengan suami.

“Saya mohon maaf jika tak dapat memberi apa-apa penjelasan. Cukup itu sahaja. Biarlah hanya kami yang tahu dan biar sampai bila-bila hanya kami yang tahu.

“Mungkin ini ujian buat kami. Harap semua dapat menghormati permintaan saya,” katanya.

Zulin menulis perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada Isnin.

Dalam pada itu, Zulin menepis dakwaan kononnya dia sengaja menjual cerita rumah tangga demi meraih perhatian atau bertujuan mempromosikan produk.

“Saya tiada lagu nak keluar, tiada produk nak launch. Hal macam ini orang gila sahaja buat gurauan.

“Mental saya dah cukup koyak, jangan ditambah lagi,” jelasnya.

Mungkin ini ujian buat kami. Harap semua dapat menghormati permintaan saya

Dalam pada itu, Zulin memberitahu ketika ini dia bersama keluarga dan masih dalam proses memulihkan diri.

“Saya bersama keluarga sekarang. Beri saya ruang dan waktu untuk healing.

“Permulaan yang sangat indah. Saya berharap ia berakhir dengan baik,” jelasnya.

Zulin dan suami baru sahaja menyambut ulang tahun pertama perkahwinan pada Februari.

Pada pagi Isnin, Zulin membuat kejutan apabila memaklumkan dia dan Farhan memilih jalan berpisah selepas setahun mendirikan rumah tangga disebabkan tiada lagi persefahaman di antara mereka.



Loading...


Menerusi satu perkongsian di Instagram, Zulin berkata dia dan suami tak mempunyai persefahaman dan mengambil keputusan membawa haluan masing-masing.

Pendedahan Zulin itu menimbulkan keraguan dalam kalangan netizen sehingga ada yang menuduhnya hanya membuat content atau gimik.

Enggan membuat ulasan mengenai isu penceraian itu, Zulin berkata kini dia bersama keluarga untuk menenangkan diri.

Dia sama sekali enggan membuka aib dalam rumah tangga dan berharap ia selamanya disimpan tanpa pengetahuan umum.

Zulin juga menegaskan dia tak gila untuk membuat gurauan mengenai isu ini seperti tanggapan sesetengah netizen.

Content, marketing, prank? Benda-benda bodoh sewaktu dengannya untuk apa?


“Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.

“Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang, Insya Allah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya. Jaga diri,” ujarnya.

Untuk rekod Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022.

kredit: mstar


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post