Jangan keliru makluman ‘Pemberitahuan Akhir Ramadan’

Jangan keliru makluman ‘Pemberitahuan Akhir Ramadan’

PUTRAJAYA – Tarikh 1 Syawal pada setiap tahun dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejurus menerima laporan cerapan anak bulan di 29 lokasi cerapan rasmi.

Jangan keliru makluman ‘Pemberitahuan Akhir Ramadan’



Itu jelas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mengulas mengenai kes tular ‘Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023’ ketika ini.

ARTIKEL MENARIK:Empat beranak bermotosikal minta bantuan makanan undang sebak


Jakim menerusi kenyataan akhbar berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai tangkap layar tular itu yang dipercayai disiarkan menerusi sebuah paparan iklan di sebuah masjid.

Menurutnya, paparan tersebut telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan warga maya mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Pengumunan tarikh 1 Syawal dibuat
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong yang mewakili Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

“Cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini (1444H) adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023,” katanya



Loading...


Katanya, semua pihak disaran membuat semakan ketepatan tarikh hijri yang terdapat pada jam digital azan khususnya di masjid dan surau agar sentiasa selari dengan kalendar hijri yang dikeluarkan oleh Jakim atau pihak berkuasa agama negeri dan disahkan oleh Panel Pakar Falak.

Jelasnya lagi, semua pihak adalah dimohon untuk menghormati ketetapan dibuat Majlis Raja-Raja mengenai perkara ini dan tidak membuat sebarang andaian mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.- KOSMO! ONLINE.


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post