Cinta kembali bertaut? Aedy Ashraf & Amelia Henderson selesa bersama

Cinta kembali bertaut? Aedy Ashraf & Amelia Henderson selesa bersama

Pernah menjalinkan hubungan cinta pada tahun lalu, pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson dikatakan ‘get back’ semula apabila tampil sedondon menjayakan satu sesi fotografi jenama fesyen terkemuka tanah air.

Cinta kembali bertaut? Aedy Ashraf & Amelia Henderson selesa bersama



Amelia wanita istimewa


ARTIKEL MENARIK:'Dia macam s****l keluar dengan lelaki, balik rumah mabuk' - Afiq Muiz dakwa isterinya curang


Memetik laporan dari Kosmo! Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi menjelaskan yang Amelia memang seseorang yang istimewa dalam hidupnya.

Dia juga seakan memberi bayangan bahawa hubungan mereka kembali akrab dan bibit cinta antara mereka kembali bertaut.

“Orang kata, rezeki jangan ditolak kan.”
Bagi saya, Amelia adalah kurniaan rezeki dalam kehidupan saya.
“Sebenarnya, lebih kurang setahun juga kami tak jumpa. Sekarang dah jumpa balik dan sekarang kembali rapat.
“Amelia seorang yang sangat baik dan saya tak nafikan, kami sekarang sangat rapat. Kami pun dah mengenali diri masing-masing lebih dua tahun.
“Saya tak tahu tentang dia, tapi saya memang serius pasal hal ini (mempunyai hubungan istimewa).
“Sebelum ini pun, macam kalian semua tahu, kami pernah jadi ‘kawan’ yang sangat istimewa. Senang cerita sekarang, kami dah get back together (dah kembali bersama),” katanya.


Loading...


Kami cuba sebaik mungkin

Walau bagaimanapun, dia berharap agar hubungan yang kembali terjalin ini bukanlah disebabkan netizen kerana enggan mereka bersedih jika doa dan keinginan mereka tidak seperti yang mereka mahukan.

“Saya tak nak buat sesuatu disebabkan mereka (netizen).
Biar benda ini (perhubungan) jadi sebab kami sendiri yang betul-betul suka dan saling mengenali diri masing-masing dengan cara yang selayaknya.
“Sungguhpun begitu, tak salah pun untuk mereka berharap. Kalau tak jadi nanti, jangan bersedih pula sebab sekarang ini, kami cuba sebaik mungkin,” ujarnya.

Aedy tak bertepuk sebelah tangan

Sepertinya apa yang dirasakan Aedy turut sama dengan Amelia apabila pelakon cantik berkenaan mengakui bahawa pasangannya dalam drama Kisah Cinta Kita itu adalah lelaki paling rapat dengannya saat ini.

“Sama ada kami ‘bercakap’ atau tidak, bila Aedy perlukan apa-apa, saya akan sentiasa ada untuk dia dan saya percaya, energi yang sama disalurkan olehnya buat saya.
“Saya pernah ada ‘bad blood’ (hubungan dingin) antara kami. Tak pernah. Aedy seorang kawan yang baik dan sangat bijak. Tak tahu nak cakap apa tapi benda peribadi, saya rasa lebih baik kita simpan untuk diri sendiri dahulu buat masa sekarang,” ujar Amelia.

Untuk rekod, sekitar Mac tahun lalu, Aedy Asharaf telah melamar Amelia Henderson dengan melutut di hadapan orang ramai untuk menjadikannya teman wanita.

Namun begitu, hubungan cinta mereka seakan ‘dingin’ selepas Aedy seakan meluahkan rasa patah hati di media sosial dan mereka juga dilihat tidak bertemu hampir setahun.

Sumber: Kosmo! (Mohd Haikal Isa)


Kredit -ohmymedia



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post