[V] Muat Naik Video Pimpin Tangan, Ramai Puji Adira Dan Datin Red – “Kami Boleh Seakrab Ini…”

[V] Muat Naik Video Pimpin Tangan, Ramai Puji Adira Dan Datin Red – “Kami Boleh Seakrab Ini…”

Madu kepada Adira Suhaimi, Datin Red atau nama sebenarnya Syarifah Nor Shafila pada Ahad telah memuat naik video mesranya berpimpin tangan dengan penyanyi itu.

[V] Muat Naik Video Pimpin Tangan, Ramai Puji Adira Dan Datin Red – “Kami Boleh Seakrab Ini…”



Menerusi ruangan kapsyen, Datin Red mengucapkan rasa syukur dan tidak sangka hubungan hubungan mereka kini akrab.

ARTIKEL MENARIK:Jep Sepahtu Akhirnya Buka Cerita Sebab Sebenar Shuib Tiada Dalam Sepahtu Reunion. Dia Tidak Mahu Netizen Tanya Lagi Kenapa Shuib Tiada




Adira dan Datin Red di Fashion Fest anak tiri Adira.

“Alhamdulillah, semoga Allah SWT sentiasa menjaga hubungan ini. Sejujurnya menaip sambil menangis, kami boleh seakrab ini. Sayang kamu dunia akhirat Adira Suhaimi,” tulisnya.

Pada hantaran tersebut, kedua-dua isteri kepada Datuk Seri Adnan Abu itu kelihatan anggun dalam persalinan sedondon, berwarna hitam.

Difahamkan kedua-dua mereka hadir memberi sokongan kepada anak Datin Red, Awin Awani, yang juga model ‘cat walk’ dalam sebuah pertunjukan fesyen.

Sementara itu Adira dilihat telah memuatnaik semula (repost) hantaran Datin Red ke akaun Instagram (IG)nya sambil mengucapkan terima kasih madunya itu.

“Tak reti sangat nak cakap berbunga-bunga ni. Tapi sis cuba lah ya. Kepada kesayangan saya Datin Red, terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai sebagai sebahagian daripada hidup akak (kakak). Semoga Allah menjaga hubungan ini,” katanya.

Selain itu Adira turut menitipkan ucapan tahniah kepada anak tirinya, Awin.

@boom.malaysia Sweet je tengok Datin Red dengan Adira Suhaimi ni Semoga hubungan baik mereka berkekalan selamanya❤ #boom #boommalaysia #artismalaysia #artist #celebrity #star #icon #idol #no1 #faizalhussein #viral #trending #fyp #actor #personality #bermadu #datinred #adirasuhaimi ♬ original sound – Boom! Malaysia

“Tahniah sayang Awin Amani. Ami sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak. Ami tahu kakak boleh pergi jauh lagi. Keep doing what you doing!,” tulis Adira memberikan kata-kata semangat.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji hubungan Datin Red dan Adira dan berharap agar hubungan mereka kekal akrab.

” Ya Allah, kekalkan hati mereka seindah ini. Hiasi jiwa mereka berdua dengan ukhuwah kerana Mu ya Allah. Mereka berdua bertemu atas takdirMu. Amin ya rabbal alamin.”

”Dua2-dua wanita baik, dua-dua cantik, dua-dua Allah kurniakan hati untuk saling menerima dan memaafkan. Semoga hubungan baik ini berkekalan sampai bila-bila.”


Loading...


” Alhamdulillah, semoga silaturahim dan kasih sayang Adira dan Datin Red berkekalan hingga ke Jannah, Aamiin.”


”Untuk yang nombor dua, sila la contohi Adira. Tak over, tak terlalu menunjuk, masing-masing jaga hati perasaan. Sebab tu boleh ada hubungan baik macam ni.”

Antara komen yang ditinggalkan pengikut kepada Adira dan Datin Red di IG.

Adira berkahwin dengan Adnan yang merupakan seorang ahli perniagaan di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.


Adira bersama 3 orang anaknya bersam Dato Red.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Perkahwinan Adnan bersama Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata. – BOOM!


Kredit -



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post