Baru-baru ini, perkongsian daripada ibu selebriti Neelofa, Noor Kartini meraih perhatian ramai selepas ia dimuat naik di media sosial.
Rakaman itu menunjukkan Noor Kartini ketika dia berada di Mekah dan telah berkongsi tentang amalan yang dilakukannya untuk murah rezeki.
ARTIKEL MENARIK:“Orang Yang Baru Berhijab, Tak Boleh Nak Dihakimi Serta Merta..” – Ibu Shuib
Jelasnya, antara ‘amalan’ yang dilakukan adalah dengan membaca Bismillahirahmanirahim cukup cukup 787 kali dan ia tidak boleh lebih mahu pun kurang.
Masa mama dapat sanad daripada Baba Aziz, dia kata satu bismillahirahmanirahim kalau diletak atas timbangan, berat dia sama dengan satu isi bumi.”
Tambahnya, disebabkan ‘amalan’ itu, ramai berkongsi rezeki mereka bertambah, dapat naik pangkat dan telah berlaku bermacam perubahan dalam hidup.
Bagaimanapun, perkongsian Noor Kartini itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di mana ada yang mengkritik dan menganggap ianya bidaah.
Kenapa 787? Kenapa bukan 789? Nombor ganjil juga.
Berhentilah percaya amalan rekaan begini. Kembali lah kpd sunnah. Sebenarnya amalan sunnah ni berjuta kali ganda lagi senang dari sebarang amalan rekaan mcm ni… https://t.co/4D6KUgCAg5
— ??? ???? (@tumbukrusuk) March 25, 2023
Bukan itu sahaja, ramai turut menasihati untuk tidak mengikut ‘petua’ tentang hal keagamaan daripada selebriti atau figura yang dikenali tanpa memeriksa jika ia benar atau tidak.
Dalam pada itu, Ustaz Syihabudin Ahmad ada memuat naik video ulasan berkenaan hal ini di Youtube dan menurutnya, ‘amalan’ yang dikongsikan Noor Kartini itu tidak wujud sama sekali.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment