Tiga beradik termasuk kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Bekapit, Jalan Tungku, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian 7 malam itu, mangsa, Ellaine Sappari, 4, kakak serta abangnya, Isang, 39, dan Amil, 45, yang menaiki motosikal Honda Wave disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
ARTIKEL MENARIK:Anwar Ibrahim Nafi Campur Arah SPRM Panggil Muhyiddin
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 7.02 malam.
Katanya, lima pegawai dan anggota bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi.
“Kemalangan membabitkan lapan mangsa dari tiga kenderaan iaitu motosikal Honda Wave, Mitsubishi Triton dan Isuzu D Max.
“Tiga mangsa yang menaiki motosikal disahkan meninggal dunia, manakala lima lagi mangsa daripada dua kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, tiada operasi menyelamat dilakukan oleh pasukan bomba hanya pemeriksaan oleh anggota EMRS kepada mangsa terbabit.
“Operasi ditamatkan pada 8.50 malam,” katanya.
Sumber : HM
Kredit -
Post a Comment