Susulan dakwaan nusyuz dan keluar rumah tanpa izin suami, pelakon Puteri Sarah mendedahkan mentuanya, Datin Patimah Ismail menawarkan diri menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangganya bersama Syamsul Yusof.
Menurut Sarah, Patimah menghubunginya bagi menawarkan kesudian memandangkan dia lebih tahu kemelut yang berlaku sepanjang tempoh krisis.
ARTIKEL MENARIK:Ini Kata Kata Syamsul Yusof Kepada Semua Wartawan Selepas Dia Sampai Mahkamah Syariah
“Pagi tadi mak mentua saya (Patimah) WhatsApp hubungi saya untuk mencelah dan ingin menjadi saksi apabila berhadapan dengan orang ketiga dan Syamsul,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.
Ketika ditanya reaksi apabila keputusan permohonan perceraian yang ditunggu-tunggu tidak menjadi kenyataan, pelakon itu hanya ketawa.
“Happy birthday to me (Selamat hari jadi untuk saya). Itu sahaja yang boleh saya cakap,” selorohnya.
Menerusi prosiding hari ini, Syamsul enggan melepaskan isterinya, dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Sebelum itu Puteri Sarah mengemukakan bukti baharu yang mendakwa pernah dipukul suaminya itu sekitar 2020, namun tidak membuat laporan polis kerana ketika itu masih sayangkan Syamsul.
Sumber – KOSMO! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit -
Post a Comment