KUALA LANGAT – Sepasang suami isteri diburu selepas berjoli sakan menggunakan kad mesin pengeluaran automatik (ATM) milik pesara kerajaan.
Pasangan tersebut berusia 30an itu telah membuat 23 transaksi berjumlah RM46,000 termasuk pembelian sebuah telefon bimbit jenis Iphone 13.
ARTIKEL MENARIK:‘Scammer’ jual motosikal murah secara dalam talian
Aksi pasangan itu dengan mengendong anaknya sambil ‘membeli-belah’ itu turut tular menerusi video berdurasi 32 saat di laman Twitter.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi, Sabtu lalu apabila kad ATM milik mangsa berusia 62 tahun tersangkut pada mesin ketika ingin mengeluarkan wang di salah sebuah bank di Banting.
Katanya, seorang suspek lelaki yang kebetulan berada di tempat tersebut telah membantu mangsa sehingga berjaya mengeluarkan kad itu sebelum mangsa menyerahkan kada atm miliknya tanpa mensyaki apa-apa.
“Dua hari kemudian, mangsa sekali lagi ke bank lain dan cuba mengeluarkan wang namun tidak berjaya sebelum dimaklumkan kad itu bukan miliknya oleh pekerja kaunter bank dan semakan akaun pengadu mendapati terdapat beberapa penggunaan kad ATM tersebut untuk membuat belian dan juga transaksi lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menambah, siasatan lanjut mendapati terdapat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah premis kedai menjual telefon bimbit menunjukkan aksi suspek membeli Iphone menggunakan kad ATM milik mangsa dan kini pihaknya dalam usaha mengesan suspek serta siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997. – KOSMO! ONLINE
Kredit -Kosmo Digital.
Post a Comment