Mata Iqbal Mazlan Buta Sebaik Bangun Tidur – “Sekarang Saya Langsung Tak Nampak”

Mata Iqbal Mazlan Buta Sebaik Bangun Tidur – “Sekarang Saya Langsung Tak Nampak”

Juara program realiti Pilih Kasih musim pertama, Iqbal Mazlan disahkan hilang penghilatan sejak 5 Mac lalu dan masih menerima rawatan berkala.

Mata Iqbal Mazlan Buta Sebaik Bangun Tidur – “Sekarang Saya Langsung Tak Nampak”



Pelakon dan pengacara berusia 33 tahun itu memaklumkan, keupayaannya untuk melihat sudah terjejas akibat jangkitan virus.

ARTIKEL MENARIK:Nas Adila Dedahkan Hidap Kanser Payudara – “Doakan Allah Terus Pinjamkan Kekuatan-Nya”


“Masalah berkaitan mata ini bermula apabila bangun pagi pada waktu Subuh, penglihatan mata sebelah kiri terasa kabur.


Sewaktu aktif berlakon, Iqbal pernah dikenali menerusi drama Sofea Zahra.

“Kemudian saya cuba tenangkan diri, namun selepas Maghrib penglihatan mata sebelah kanan pula alami masalah sama.

“Esoknya iaitu pada 5 Mac, kedua-dua mata saya tak nampak terus dan kemudian ke Hospital Putrajaya untuk membuat rawatan,” katanya yang pernah mengacarakan program Jalan Jalan Cari Makan di TV3..

Iqbal berkata, kesnya kemudian dirujuk ke Hospital Shah Alam kerana di sana terdapat fasiliti rawatan mata yang lebih efisen.

Ketika membuat pemeriksaan di hiospital tersebut, Iqbal dimaklumkan doktor di situ bahawa matanya telah dijangkiti virus.



Loading...


“Doktor kata mata saya ada virus, tetapi belum tahu jenisnya kerana perlu tunggu ujian darah dulu. Dia juga sifatkan ia kes yang jarang berlaku kerana kali terakhir dilaporkan pada 2003 dan ini kes ketiga,” ceritanya yang sudah dua minggu dimasukkan ke wad.


Selain berlakon, Iqbal juga pernah mengacarakan program Jalan Jalan Cari Makan.

Pelakon drama Sofea Zahra ini meletakkan harapan agar dirinya sembuh suatu masa nanti.

Menurut Iqbal, walaupun penglihatannya cuma sembuh 30 peratus pun dia sudah bersyukur.

“Doktor kata kes-kes lepas semuanya sembuh. Ada yang lepas dua minggu, ada yang selepas tiga bulan dan ada juga yang ambil masa tiga hingga tahun.

“Nak kata sedih, dah banyak kali sedih. Sekarang saya rasa kosong. Nak marah, tak boleh dan pelbagai perasaan lagi.


Kini Iqbal dirawat di Hospital Shah Alam dan sudah dua minggu dimasukkan ke wad.

“Benda dah jadi. Bila dah tahu saya tak nampak (hilang penglihatan) nak menangis pun tak berguna. Dah memang kena pasrah dengan ujian Allah,” katanya.

Iqbal berkata, selepas dua tahun penularan Covid-19, dia masih bergelut untuk mendapatkan tawaran berlakon.

Katanya, dia ada mengusahakan kafe di Sepang sejak tiga bulan lalu dan sekarang terpaksa ditutup sementara disebabkan masalah ini. – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post