Mangsa banjir di Johor hampir mencecah 45,000 mangsa

Mangsa banjir di Johor hampir mencecah 45,000 mangsa

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini mencatatkan sedikit peningkatan kepada 44,937 penduduk setakat pukul 8 pagi tadi.

Mangsa banjir di Johor hampir mencecah 45,000 mangsa



Jumlah itu membabitkan 13,730 keluarga yang ditempatkan di 172 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah terjejas banjir, menurut maklumat terkini oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Muhyiddin didakwa terima suapan, RM232.5 juta, ubah wang haram RM195 juta


Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding 44,442 penduduk daripada 12,538 keluarga pada 12 tengah malam tadi.

Katanya, daerah yang masih terkesan akibat banjir ialah Segamat, Mersing, Batu Pahat, Muar dan Tangkak.

“Batu Pahat menjadi daerah paling terjejas akibat banjir dengan seramai 39,737 penduduk daripada 11,104 keluarga di 114 PPS.

“Turut terjejas ialah di Muar dengan seramai 2,785 penduduk daripada 846 keluarga diikuti 1,662 penduduk daripada 597 keluarga di Tangkak, 706 penduduk daripada 169 keluarga di Segamat dan 47 penduduk daripada 14 keluarga di Mersing,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Loading...


Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, Johor merekodkan lima kematian di empat daerah sejak banjir melanda minggu lalu.

Katanya, seorang mangsa dipercayai maut selepas kenderaan dinaiki dihanyutkan arus deras manakala empat yang lain dilaporkan mati lemas.-KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post