“Kes Antara Saya Dengan Balu, Kenapa Kaitkan Dengan Harta Mak?” – Ali Puteh Kecewa Rumah Ibu Bakal Disita

“Kes Antara Saya Dengan Balu, Kenapa Kaitkan Dengan Harta Mak?” – Ali Puteh Kecewa Rumah Ibu Bakal Disita

Pelawak Ali Puteh, akui kecewa apabila Allahyarham ibunya turut terseret dalam masalah yang berlaku di antara dia dan balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali.

“Kes Antara Saya Dengan Balu, Kenapa Kaitkan Dengan Harta Mak?” – Ali Puteh Kecewa Rumah Ibu Bakal Disita



Ali ketika dihubungi BOOM! berkata masalah yang berlaku tiada kaitan dengan arwah ibunya tetapi mengapa pula rumah ibunya yang akan disita.

ARTIKEL MENARIK:Tiada Persefahaman, Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil


Katanya, dia hanya mengetahui mengenai perkara tersebut (rumah ibu akan disita) selepas menerima surat daripada mahkamah.


“Masalah antara saya dan balu, apa kaitan dengan arwah mak? Saya tidak tahu mengenai arahan untuk sita sehinggalah dapat surat daripada mahkamah.

“Saya terkejut mendapat panggilan telefon daripada pakcik yang memaklumkan rumah arwah mak di Batu 10, Gombak akan disita kerana perintah mahkamah sudah keluarkan.



Loading...


“Lagi pula rumah arwah mak saya adalah atas nama arwah dan arwah bapa tiri, tak ada kena mengena dengan saya.

“Saya juga tidak pernah menolak untuk membayar RM60,000 seperti yang dituntut, cuma sekarang ini keadaan kewangan saya tidak begitu baik.

“Saya akan membayar RM60,000 itu tetapi secara ansuran kerana sekarang ini pun saya tiada tawaran bekerja langsung. Saya ada keluarga dan anak-anak perlu ditanggung,” katanya.

Pelawak Ali Puteh, 34, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan kecewa apabila rumah ibunya, Allahyarham Sabariah Arshad bakal disita selepas gagal melunaskan tuntutan RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey, seperti diperintahkan mahkamah sebelum ini.

“Macam yang saya cakap dalam Melodi sebelum ini, kes ni berlainan tapi dicampur adukkan.

“Semua kes yang saya tengah hadap ni berbeza-beza, tak sama!” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Hidayah menggesa Ali agar membayar RM60,000 kepadanya seperti yang ditetapkan mahkamah dalam kadar segera tanpa kaedah ansuran.

Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Seksyen memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu. – BOOM!

Kredit -



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post