Jep Kata Pernah Pujuk Shuib Kembali Dlm Sepahtu Reunion, Sekali Shuib Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Jep Kata Pernah Pujuk Shuib Kembali Dlm Sepahtu Reunion, Sekali Shuib Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib menyangkal dakwaan wujud sesi pujuk memujuk agar dia kembali menyertai program Sepahtu Reunion seperti mana pernah diberitahu oleh salah seorang anggotanya, Jep menerusi beberapa temu bual sebelum ini.

Jep Kata Pernah Pujuk Shuib Kembali Dlm Sepahtu Reunion, Sekali Shuib Tampil Jelaskan Perkara Sebenar



Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, sebaliknya menjelaskan Sepahtu sedia maklum mengenai keputusannya dan punca dia tidak mahu kembali menyertai program tersebut buat masa ini.

ARTIKEL MENARIK:Hafidz Roshdi Telah Ditahan, Ini Kenyataan Dari Pihak Ketua Polis Selangor Tentang Apa Akan Berlaku Isnin


“Saya pun pelik kerana sebelum ini tidak ada pun sesi pujuk memujuk seperti didakwa. Mereka tahu kenapa saya tidak boleh ke arah itu (menyertai Sepahtu Reunion).

“Mereka kenal saya, kalau saya kata tidak, maka tidak akan berlaku,” katanya kepada mStar.

Shuib ditemui ketika acara Konsert Jelajah Suria yang berlangsung di Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya pada Sabtu.

Bagaimanapun kata Shuib dia tidak menolak kemungkinan dia akan kembali bersama Sepahtu jika digerakkan hati suatu hari nanti.

f387624df552cea2f369918c5e1e12bc-5.jpg

“Saya tidak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang. Kalau Allah gerakkan hati untuk kembali bersama, mungkin ia akan terjadi. Kalaulah Sepahtu Reunion kembali terjadi, saya anggap ia sesuatu yang sangat luar biasa.

“Sebelum ini pun saya buat keputusan keluar daripada rancangan tersebut selepas mengambil kira pelbagai aspek. Saya bulat dengan keputusan itu dan saya ada pegangan sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib yang kini kembali ke penyas lawak menerusi program Ubi Superstar Live mengakui berasa kekok menghiburkan peminat selepas sekian lama berehat.

Bergandingan dalam sebuah kumpulan baharu juga bukan sesuatu yang mudah termasuk mewujudkan keserasian bersama ahli-ahli lain.



Loading...



shuib 3

“Hampir dua tahun saya tidak terlibat dengan sebarang program pentas atau persembahan live begitu, memang agak sukar untuk kembali beraksi. Tambah lagi dengan gandingan orang baharu yang sebelum itu tidak pernah bekerjasama.

“Jadi saya cuba habiskan banyak masa bersama rakan-rakan lain supaya wujud keserasian antara kami. Dalam masa sama tidak adil juga jika penonton hendak bandingkan program ini dengan rancangan Sepahtu Reunion kerana ia sudah berada dalam kedudukan tersendiri.

“Saya bersama Sepahtu Reunion selama lima tahun, jadi chemistry itu memang sudah ada. Apa sahaja yang kami buat menjadi di atas pentas,” ujarnya.

Tambah Shuib meskipun kembali aktif dalam program lawak, dia bagaiamanapun enggan terlibat dengan sebarang bentuk pertandingan.

“Untuk menyertai pertandingan memang tidak. Bukan lagi masanya untuk saya terlibat dengan program yang memberi tekanan sebegitu.

“Sekarang ini biarlah saya bahagia membuat lawak untuk orang. Tak perlu fake dalam kerja untuk menghiburkan orang,” ujarnya.

shuib 2

Selain Shuib, rancangan Ubi Superstar Live turut disertai oleh Ajak serta kumpulan Ubi yang dianggotai oleh Namie, Fad dan Sharif.

Sumber : MSTAR ONLINE


Kredit -two.e-kesah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post