Dua lelaki curi motosikal di masjid ditahan

Dua lelaki curi motosikal di masjid ditahan

TEMERLOH – Dua lelaki yang tular mencuri motosikal di Masjid Sultan Ahmad Shah Kerdau ketika jemaah sedang menunaikan solat malam semalam akhirnya berjaya ditahan pihak polis.

Dua lelaki curi motosikal di masjid ditahan



Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, kedua-dua suspek yang berusia 19 dan 24 tahun ditahan oleh polis bantuan ladang di kawasan rumah pekerja ladang berkenaan kira-kira pukul 11.30 malam yang sama.

ARTIKEL MENARIK:Wanita mangsa buli turun berat badan daripada 115 kepada 63 kilogram


“Polis bantuan telah melihat suspek yang merupakan pekerja kontrak mengutip buah di ladang berkenaan menunggang motosikal curi tersebut melalui pos pengawal polis bantuan untuk masuk ke dalam kawasan ladang berkenaan yang terletak kira-kira 21 kilometer dari tempat kejadian.

“Polis bantuan telah membuat rondaan di dalam kawasan ladang untuk mengesan suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya di sini hari ini.

Berdasarkan rakaman video berdurasi satu minit 51 saat yang tular memaparkan dua lelaki mencuri motosikal jemaah masjid yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta.



Loading...


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Katanya, suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bermula hari ini sehingga 1 April untuk siasatan lanjut dan salah satunya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes narkotik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post