Bersatu Fail Semakan Kehakiman Cabar Keputusan SPRM Beku Akaun

Bersatu Fail Semakan Kehakiman Cabar Keputusan SPRM Beku Akaun

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun banknya bagi tujuan siasatan.

Bersatu Fail Semakan Kehakiman Cabar Keputusan SPRM Beku Akaun



Permohonan itu difailkan peguam Datuk Muhammad Suhaimi Yahya dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi pihak parti di Mahkamah Tinggi di sini semalam, menerusi Tetuan Chetan Jethwani & Co dan menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dan 19 individu lain selaku responden pertama hingga ke-20.

ARTIKEL MENARIK:Muhyiddin Dilarang Melancong Ke Luar Negara


Mereka mendakwa keputusan membekukan akaun bank itu dilakukan dengan niat jahat.

Mereka juga mendakwa suruhanjaya itu telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan menjalankan pendakwaan politik terpilih terhadap kepimpinan Bersatu, Perikatan Nasional (PN) atau Muhyiddin.

Mereka juga memohon perisytiharan mahkamah terhadap SPRM bahawa suruhanjaya itu tidak boleh mengikut arahan pemimpin parti pemerintah yang berada dalam kerajaan atau mengikut arahan perdana menteri dan/atau timbalan perdana menteri dengan meminta pegawai SPRM memulakan siasatan terhadap Bersatu, menyebabkan keluarnya perintah pembekuan yang didakwa salah.

Menurut dokumen mahkamah, presiden Bersatu itu juga memohon perintah interim membolehkan beliau bergerak bebas dan melakukan perjalanan ke luar negara tanpa sekatan.



Loading...


Muhyiddin dijadual berangkat ke London pada 14 dan 15 April ini sebagai penceramah ucaptama persidangan tahunan pertama Global Council for Political Renewal (GCPR).

Menurut permohonan itu, imigresen baru-baru ini telah mengenakan larangan perjalanan ke atas Muhyiddin ‘secara tidak sah tanpa sebarang alasan yang munasabah’ dan tanpa diserahkan notis rasmi.

“Pemohon (Muhyiddin) mendakwa terdapat usaha untuk menuduh atau mengaitkan beliau atau Bersatu dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Sehubungan itu, Muhyiddin memohon satu lagi perintah certiorari bagi membatalkan larangan perjalanan imigresen ke atas beliau.

Selain itu, Bersatu juga memohon perintah certiorari untuk membatalkan perintah pembekuan yang dikeluarkan ke atas parti itu mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, menurut dokumen mahkamah tersebut.

Pemimpin Bersatu itu juga mahu SPRM membenarkan pengeluaran dana RM4.354 juta untuk perbelanjaan, operasi dan pengurusan parti serta perintah mahkamah agar pegawai SPRM mematuhi undang-undang dalam prosedur dan proses siasatan SPRM secara adil dan saksama.

Selanjutnya beliau memohon perisytiharan bahawa sebagai parti politik yang berdaftar secara sah, Bersatu mempunyai hak yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan dan hak asasinya tidak boleh dilanggar secara salah untuk tujuan kolateral.

Sumber: Bernama


Kredit -Siakap Keli.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post