Beri bukti saya bolot kekay4an diri dan kelu4rga’ – Dr Mahathir

Beri bukti saya bolot kekay4an diri dan kelu4rga’ – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Perd4na Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti berhubung dakwaan beliau membolot harta kekayaan terhadap dirinya dan keluarga sewaktu memegang tampuk pemerintahan negara.

Beri bukti saya bolot kekay4an diri dan kelu4rga’ – Dr Mahathir



Tegas Dr Mahathir, adalah mudah untuk seseorang itu membuat tuduhan, namun, jika tidak disertakan bukti, dakwaan itu bersifat fitnah.

ARTIKEL MENARIK:Bas Rempuh Jambatan, 20 Jemaah Umrah Terkorban Dalam Perjalanan Ke Mekah


Dr Mahathir juga tidak menolak, dakwaan yang dibuat Perdana Menteri terhadapnya itu adalah sebagai usaha untuk menghalang Perhimpunan Proklamasi Melayu yang telah dibatalkan.

“Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar telah berkata, ada orang dulu, 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, sekarang mengeluh Melayu hilang seg4la-galanya, hilang harta, hilang saham.

“Saya ingin dapat bukti dari Anwar bahawa saya bolot untuk saya, untuk keluarga saya dan anak-anak saya,



Loading...


“Membuat tuduhan memang mudah. Tetapi tuduhan yang tidak dibukti dengan jelas, tidak boleh diterima sebagai benar. Ia adalah fitnah,” katanya dalam hantaran terbaharu di akaun media sosialnya pada Isnin.

Bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu turut berkata, beliau mengeluh sekar4ng kerana kaum Melayu dilihat hilang segala-galanya selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Oleh itu, beliau bersetuju menyertai usaha untuk menyedark4n kaum Melayu menerusi pelancaran Proklamasi Melayu.


Kredit -Article Update




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post