Banjir: Keadaan di Johor membimbangkan – Menteri KDN

Banjir: Keadaan di Johor membimbangkan – Menteri KDN

PETALING JAYA – “Keadaan banjir di Johor agak membimbangkan,” kata Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Banjir: Keadaan di Johor membimbangkan – Menteri KDN



Menurut beliau, ada kawasan di negeri itu terlibat dengan banjir berdepan dengan situasi luar jangka.

ARTIKEL MENARIK:Cuaca buruk hampir seluruh negara sehingga lewat petang


“Chaah berdepan banjir paling teruk sejak 50 tahun lepas. Balai Polis Chaah tenggelam dan banyak harta benda musnah.

“Setakat pukul 12 tengah hari, seramai 31,430 mangsa banjir telah dipindahkan ke 211 PPS (pusat pemindahan sementara).

“Berita yang amat terkilan dan sedih adalah melibatkan tiga kematian, dua di Segamat dan satu di Kluang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.



Loading...


Justeru, Saifuddin Nasution berkata, beliau memberikan komitmen pasukan polis akan mempertingkatkan sepenuhnya tahap operasi bagi menyelamatkan nyawa.

Menurutnya, beliau juga telah memberi arahan agar Bakul Rahmah KDN yang berupa keperluan makanan untuk segera disalurkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Sama-sama kita berdoa agar musibah ini segera reda,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post