Pelakon, Kamal Adli kini semakin stabil, namun, masih dalam proses rawatan. Khabar itu dikongsikan Kamal menerusi hantaran di Instagramnya sebentar tadi.
“Alhamdulillah, amin, Kamal semakin stabil, tapi masih di bawah rawatan untuk tahan sakit, nanah, lebam di badan dan dijaga isteri saya,” tulisnya.
ARTIKEL MENARIK:Uqasha Senrose Tunjuk ‘Senj4ta’ Yg Digunakan Individu Tersebut Untuk Pvkul Kepala Kamal Adli Sampai Bocor
Dalam hantaran sama, Kamal turut mengucapkan terima kasih atas doa semua pihak untuk kesejahteraannya di samping peringatan untuk sama-sama menjaga keselamatan.
“Terima kasih atas doa kalian terutamanya artis-artis di gerai jualan dan juga orang-orang Malaysia dan Singapura yang menolong Kamal.
“Cuma, Kamal harap, semua orang tolong jaga keselamatan kerana kita tak tahu siapa suka atau benci kita,” tulisnya.
Kamal turut memohon doa untuk isterinya, Uqasha Senrose yang kini masih lagi trauma disebabkan insiden serangan itu.
“Doakan untuk isteri saya yang masih trauma kerana isu ini. Saya sayang isteri saya.
“Yang ketuk saya, seorang sahaja, bukan satu Singapura. Jangan bergaduh,” tulisnya.
Hantaran itu turut disertakan dengan foto terbaharu Kamal, yang sedang duduk di katil dengan bahagian kepalanya berbalut.
Terdahulu, Kamal diserang individu tidak dikenali dan cedera parah ketika berada dekat ekspo di Singapura pada malam Ahad lalu.
Sumber: Hmetro Online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Kredit -
Post a Comment