Selepas Teruk Dihentam Netizen Kerana Suami Abaikan Nafkah Pada Isteri Pertama, Ini Respond ‘Garang’ Miera Leyana

Selepas Teruk Dihentam Netizen Kerana Suami Abaikan Nafkah Pada Isteri Pertama, Ini Respond ‘Garang’ Miera Leyana

Gara-gara luahan anak tiri yang mendakwa bapa mereka culas melunaskan nafkah namun mampu bercuti di luar negara, Instagram Miera Liyana menjadi medan serangan netizen.

Selepas Teruk Dihentam Netizen Kerana Suami Abaikan Nafkah Pada Isteri Pertama, Ini Respond ‘Garang’ Miera Leyana



Pelakon berstatus isteri kedua kepada ahli perniagaan, Rosland Othman pada awalnya tampak enggan membalas kecaman yang bertalu-talu memasuki ruangan komen beberapa hantaran lamanya.

ARTIKEL MENARIK:Shila Amzah Mengaku Sedang Ada Hubungan Istimewa Dgn Lelaki Nama Ubai. Rupanya Ubai Minat Shila Dari Sekolah Dan Ini Jarak Usia Mereka


Selepas agak lama mendiamkan diri, Miera, 29, kemudian seakan-akan memberi amaran dengan berkongsi satu babak drama berjudul Peah Singa yang menunjukkan dirinya membawakan watak wanita garang dan digeruni.

Malah bintang filem Lebuhraya ke Neraka itu secara berseloroh menyatakan mahu merotan golongan yang degil selain sedang memerhatikan tingkah laku netizen.

“Sis (saya) perhatian saja netizen. Ni nak jadi Peah Singa ni,” tulisnya ringkas yang menyertakan emoji ketawa dan singa.

MIERA-LEYANA.jpg


Terdahulu, nama Miera kembali memanas apabila terkait dengan isu suaminya, Rosland Othman yang gagal mencapai kata sepakat untuk berdamai dengan isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib di mahkamah, minggu lalu.

Situasi semakin tegang selepas anak tirinya dikenali sebagai Izzah memuat naik ciapan Twitter mendakwa bapanya tidak menunaikan tanggungjawab kepada ibu dan adik-adiknya, tetapi menikmati percutian mewah di Vienna, Austria awal tahun ini bersama isteri kedua dan bayi mereka.

KOMEN NETIZEN:



Loading...


“SPESIS IRA KAZAR NI”


Pendedahan tersebut dikatakan terpaksa dilakukan selepas Rosland didakwa menyekat panggilan telefon ibunya, sekali gus mendapatkan keadilan buat insan kesayangan yang teraniaya.

Pada Jumaat lalu, Adibah menuntut Rosland menyelesaikan tuntutan nafkahnya serta hak anak-anak yang tidak dibayar bagi tempoh lebih setahun.

Selain menyekat panggilan telefon dan aplikasi pesanan ringkas (WhatsApp) sejak September 2021, lelaki terbabit juga didakwa tidak lagi melayan wanita terbabit sebagai isteri sejak mengahwini Miera pada 26 Julai 2020.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Kredit -two.e-kesah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post